RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Wednesday 7 May 2014

FLASHMOB BANTAHAN KENAIKAN CUKAI PINTU

(Sila hebahkan segera)

Sebagai permulaan bagi tujuan kesedaran awam ( public awareness) tentang isu kenaikan cukai pintu, satu ekspresi aman oleh rakyat (flashmob) akan dilangsungkan dengan butiran berikut:

8 Mei (Khamis) , 4.30 petang, berhimpun di lokasi2 berikut di Kuala Terengganu.

1.Lampu isyarat Stadium SINS.
2.Lampu isyarat MBKT-Bangunan Permint
3.Lampu Isyarat SATU

Untuk itu semua NGO2, rakyat diseru hadir zahirkan sokongan dengan membawa bentuk2 ekspresi yg bersesuaian.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengerusi
JAWATANKUASA BERTINDAK ISU CUKAI PINTU TERENGGAN
U

Tuesday 6 May 2014

Kadar baru cukai pintu Terengganu disifat membebankan

PLAY Click to Expand & Play

KUALA TERENGGANU: Pengumuman kenaikan kadar baru cukai pintu di negeri Terengganu yang akan bermula awal tahun depan disifat membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Kenaikan Cukai Pintu Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kenaikan sehingga 200% itu antara faktor menyumbang kenaikan kos sara hidup rakyat negeri terbabit.



Katanya, pihak jawatankuasa sudah menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terhadap kenaikan kadar baru itu pada Selasa.

Ahli parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrain Shah berkata, kenaikan itu kelak bakal menyusahkan rakyat.

“Kebelakangan ini sudah banyak kenaikan kos sara hidup berlaku termasuk harga letrtik dan minyak serta GST yang akan datang. Ini merupakan tamparan yang lebih hebat dan cabaran getir kepada rakyat,” katanya.

Nota bantahan diserahkan kepada Pegawai tadbir Pejabat Datuk Bandar, Mohamad Muda.

16 Januari lalu, menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cadangan menaikkan cukai pintu di kawasan pentadbiran MBKT berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Kadar baru itu dikatakan bagi menanggung beban kewangan kerajaan berikutan kadar cukai lama yang masih diguna pakai sejak tahun 1981.

Cukai pintu ke atas pemilik kediaman serta premis perniagaan di negeri itu adalah kadar yang ditetapkan sejak 32 tahun lalu walaupun nilai semasa didakwa sudah meningkat berkali ganda.

Monday 5 May 2014

Isu undang-undang kanun jenayah syariah

ISU UNDANG-UNDANG
KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN
 
1.         Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan “ikhlas”  adalah urusan Allah, bukan urusan kita.
 
2.         Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :
وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ (31) ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32) فاطر.
Maksudnya :
(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.
(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]
 
3.         Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan di antara satu sama lain.
 
4.         Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993. Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih jelas seperti hudud, qisas dan takzir.
 
5.         Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan hukumnya yang  memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang sebenarnya.
 
6.         Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai undang–undang dalam masyarakat majmuk.
 
7.         Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.
 
8.         Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.
 
9.         Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang wajib adil terhadap semua.
 
10.      Ada pun kebimbangan penganut  bukan Islam telah dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman Allah:
فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (42) المائدة .
Maksudnya :
(42) oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
 
11.      Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama Yahudi Ahli kitab  yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka, namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.
 
12.      Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan  kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam agama.
 
13.      Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap ajaran agama sendiri, kerana tidak  menyedari hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para penjenayah akan bertaubat.
 
14.      Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain, disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.
Sabda Rasulullah  SAW
تدرأ الحدود بالشبهات
(Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan )
15.      Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes itu. Dalam hal ini  Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur kekeliruan daripada  sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah  S.A.W. :
“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik
daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”
 
16.      Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.
 
17.      Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan pengalamannya.
 
18.      Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman Allah memberi amaran :
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ (20) أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21 ) الشورى .
(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
 
 
19.      Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun 1990. Undang –undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah syariah, politik Demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak. Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara terbuka selepas dari itu.
 
20.      Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif  terhadap semua pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam adalah rahmat kepada seluruh manusia.
 
 
PRESIDEN PAS
5 Mei 2014

Saturday 3 May 2014

Kebebasan akhbar: Ranking Malaysia jatuh merudum


Kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, “Setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan menzahirkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.”

Banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3s36x2LiDD76JG1RVYYdJyyz_lhD6HU_-XGRBgR-THLH9WWkSwDQ_5CTtU7f9igA2LyRcXhxdGcc4zuCFgGv2bdCdFjCZWQsSMnWNYKJz5EM9i6LgAlEH6Sm5ZHxqGYDqdvPxos5EjZY/s1600/media.jpgKebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.

Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah.

Malaysia meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan suram berdasarkan Indeks  Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF), di mana kedudukan Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara.
Kedudukan Malaysia adalah dua anak tangga lebih rendah daripada junta tentera Myanmar. Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).

Laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.” Dalam laporan itu, Malaysia juga menerima “downward trend arrow” akibat “penipuan pilihan raya berleluasa dan halangan struktural untuk menghalang pembangkang daripada berkuasa secara sah.”

Jelas sekali ini adalah masalah institusi di mana kerajaan sengaja menjerut kebebasan akhbar untuk mengelakkan sebarang pendedahan berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melalui undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi.
Walau bagaimanapun, muslihat lain adalah untuk menghancurkan pembangkang dengan menyiarkan pembohongan tanpa rasa takut akan hukuman ataupun hanya semata-mata enggan memberikan mereka hak untuk menjawab.

Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja dengan tindakan rejim autoritarian yang menutup surat khabar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.
Tidak mudah untuk berjuang memansuhkan undang-undang zalim sebagaimana sukarnya untuk membetulkan pembohongan dan menegakkan hak untuk menjawab.
Sementara tindakan saman fitnah diperlukan untuk membezakan pembohongan dari fakta, prasyarat kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang bebas adalah perlu bagi menghukum mereka yang memperdagangkan kepalsuan dan fitnah.

Friday 2 May 2014

Tahniah Rakyat!

Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) mengucapkan tahniah kepada semua peserta dari negeri Terengganu yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan Himpunan yang diadakan di Dataran Merdeka pada Khamis 1 Mei.

yahaya 1 meiPengerusi Jawatankuasa Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat negeri Terengganu Haji Yahaya Ali berharap semua peserta selamat kembali ke tempat dan keluarga masing-masing .

“Saya ucap tahniah pada semua peserta himpunan dari negeri Terenganu yang bantu kebangkitan rakyat pada hari ini (semalam).

“Saya doakan semuanya selamat kembali ketempat dan keluarga masing-masing, Insya Allah,”ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu menyeru pelbgai peringkat rakyat yang menyertai Himpunan tersebut konsisten meneruskan bantahan kepada perlaksanaan cukai GST dan kenaikan kos sara hidup.

“pelbagai pihak yang sertai himpunan mesti tunjukkan sikap yang konsisten dan punyai keazaman yangg tinggi supaya matlamat dari program ini (itu) tercapai.

satiful 1 mei“mereka mesti berperanan untuk memahamkan masyarakat apa yang sebenarnya diperjuangkan,”tegasnya.
Katanya, rakyat hanya boleh menjadi golongan pendesak sekiranya mendapat sokongan ramai.

Sementara itu, beliau menggesa tolak ansur dari kerajaan supaya menangguhkan cukai tersebut atau mencadangkan mekanisma lain yang tidak membebankan.

“Di pihak kerajaan sepatutnya peka dgn bantahan sebegitu ramai rakyat. Mesti ada sikap tolak ansur kerajaan samada menangguhkan perlaksanaan GST, “atau membuat kajian mekanisma baru sistem cukai yg tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah,”
Beliau menambah, kerajaan akan lebih dihormati sekiranya berani mengadakan forum terbuka bagi membincangkan isu ini, supaya ia dihakimi oleh rakyat bukan hanya dengan kempen

Wednesday 30 April 2014

Himpunan Bantah GST; Turun Dengan Tanpa Rasa Takut Atau Bimbang

Ekoran dari persetujuan pihak polis buat pertama kali membenarkan perhimpunan aman membantah cukai GST&kenaikan harga barang&kos hidup yang melampau,saya menyeru supaya semua peserta dan demonstran dari negeri Terengganu keluar beramai- ramai.

Himpunan akan diadakan sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang dengan tidak perlu merasa takut dan bimbang akan sebarang halangan dan tindak balas.

Bagaimanapun saya juga meminta semua demonstran dari negeri ini menjaga disiplin diri dan melahirkan bantahan secara aman dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang lari dari tujuan asal perhimpunan aman .

Tidak timbul soal, samada mahu menghadiri Himpunan tersebut atau tidak, selepas pihak polis membenarkan, hilanglah satu rintangan maka, seluruh anggota dan penyokog PAS wajib hadir sebagaimana yang dipertegaskan oleh Timbalan Presiden PAS.

Gerakan rakyat adalah suatu gerakan murni untuk membina kesedaran rakyat utk memperbetulkan kepincangan yg dilakukan oleh pihak berkuasa dan kalau perlu hingga kepada perubahan politik. Agenda yang murni ini perlu mendapat sokongan rakyat dan diteruskan samada ia dihalang atau mendapat persetujuan dari pihak pemerintah.

Kita berkumpul bukan dengan niat untuk berlawan dengan pihak keselamatan. Gerakan rakyat adalah gerakan aman dan menyeru kepada perdamaian. Yang penting kita mahu rakyat mendapat maklumat yang betul terhadap sesuatu isu dan menggunakan kuasa rakyat bagi membuat sesuatu tuntutan dan perubahan. Kita bukan merupakan suatu gerakan radikal, ganas dan mahu menentang sebarang tindakan kerajaan dengan tidak ada asas yang kukuh.

## Haji Yahaya Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat
PAS Negeri Terengganu
7.30 malam/ Rabu 30 April, 2014