RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Perutusan Pengerusi

PERUTUSAN PENGERUSI BADAN PENGGERAK DEMOKRASI DAN MOBILISASI RAKYAT

Photo: Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat. SELANJUTNYA >>- http://demokrasiterengganu.blogspot.com/2014/01/perutusan-khas.html
AlhamduliLlah, Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat.

Kewujudan BPDMR (insya Allah akan diberi nama ringkas atau nama baru selepas ini) sangat penting sebagai suatu wadah untuk menjadi penghubung dan bertindak sebagai badan penyelaras kepada seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) yang ada kaitan dengan perjuangan Islam bagi memperjuangkan pelbagai isu dan fokus masing-masing seperti isu sosial, ekonomi, pendidikan, kebajikan, rekreasi & sukan dan lain-lain. Apa yang penting mereka perlu digerakkan kepada suatu tahap kematangan dan matlamat perjuangan yang lebih jelas.

Islam menuntut kita berjuang dan berjihad dalam pelbagai bidang sebagaimana maksud firman Allah (al-Baqarah : 208),

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Kita wajib memahami tugas kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini,  antara lain adalah untuk menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia ini dengan agama.  Maka sudah tentulah perjuangan NGO’s pada akhirnya adalah untuk melihat apa yang diperintahkan Allah dalam sesebuah masyarakat dan negara sebagaimana maksud firman Allah (Saba : 15) menjadi kenyataan,

“Negara yang aman dan makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT”

BPDMR mestilah diusahakan menjadi platform terbaik untuk bertemu dari masa kesemasa samada secara lansung atau melalui media baru supaya kita boleh kedepankan pelbagai isu penting dalam masyarakat yang menuntut penyelesaian terbaik. Kita boleh berbeda pendapat tetapi yang penting tindakan penyelesaian mesti selari dengan kehendak al-Quran dan hadis.

Pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat mencabar kita supaya lebih sabar, matang dan bertindak secara bijaksana. Sebahagian dari masyarakat kita tidak kisah dengan apa saja isu yang ada di hadapan mereka. Apa yang mereka fikirkan ialah untuk terus hidup dengan aman dan boleh cari makan. Di sinilah antara lain peranan NGO’s untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. NGO’s dan masyarakat perlu dilatih bukan sahaja mahu melihat negara yang aman tetapi isu-isu yang berkait dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pemborosan, pembahagian kekayaan yang tidak adil, keselamatan, hak pengguna, kesihatan, kebersihan alam sekitar dan lain-lain turut menjadi kepekaan mereka. Mereka perlu diberi kefahaman antara kerajaan yang adil yang menjamin masa depan mereka berbanding dengan kerajaan yang zalim yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Sampai pada satu tahap mereka perlu dimobilisasikan untuk keluar dari rumah dan menuntut hak mereka dan generasi yang akan datang. Individu boleh buat silap dan kesannya kecil tetapi kerajaan tidak boleh dibiasakan membuat kesilapan kerana ia boleh memusnahkan harapan kita bersama.

Kita berharap dengan adanya BPDMR, hubungan di antara sesama NGO’s ini akan menjadi lebih erat dan permuafakatan kita akan menjadi lebih jitu dan bermakna bagi mencapai matlamat bersama. Menfaatkanlah blog yang baru dirintis ini sebaik-baiknya, insya Allah.

Haji Yahaya Ali
Pengerusi
Badan Penggerak Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat

No comments:

Post a Comment