RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Wednesday, 30 April 2014

Himpunan Bantah GST; Turun Dengan Tanpa Rasa Takut Atau Bimbang

Ekoran dari persetujuan pihak polis buat pertama kali membenarkan perhimpunan aman membantah cukai GST&kenaikan harga barang&kos hidup yang melampau,saya menyeru supaya semua peserta dan demonstran dari negeri Terengganu keluar beramai- ramai.

Himpunan akan diadakan sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang dengan tidak perlu merasa takut dan bimbang akan sebarang halangan dan tindak balas.

Bagaimanapun saya juga meminta semua demonstran dari negeri ini menjaga disiplin diri dan melahirkan bantahan secara aman dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang lari dari tujuan asal perhimpunan aman .

Tidak timbul soal, samada mahu menghadiri Himpunan tersebut atau tidak, selepas pihak polis membenarkan, hilanglah satu rintangan maka, seluruh anggota dan penyokog PAS wajib hadir sebagaimana yang dipertegaskan oleh Timbalan Presiden PAS.

Gerakan rakyat adalah suatu gerakan murni untuk membina kesedaran rakyat utk memperbetulkan kepincangan yg dilakukan oleh pihak berkuasa dan kalau perlu hingga kepada perubahan politik. Agenda yang murni ini perlu mendapat sokongan rakyat dan diteruskan samada ia dihalang atau mendapat persetujuan dari pihak pemerintah.

Kita berkumpul bukan dengan niat untuk berlawan dengan pihak keselamatan. Gerakan rakyat adalah gerakan aman dan menyeru kepada perdamaian. Yang penting kita mahu rakyat mendapat maklumat yang betul terhadap sesuatu isu dan menggunakan kuasa rakyat bagi membuat sesuatu tuntutan dan perubahan. Kita bukan merupakan suatu gerakan radikal, ganas dan mahu menentang sebarang tindakan kerajaan dengan tidak ada asas yang kukuh.

## Haji Yahaya Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat
PAS Negeri Terengganu
7.30 malam/ Rabu 30 April, 2014

No comments:

Post a Comment