RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Wednesday 30 April 2014

Himpunan Bantah GST; Turun Dengan Tanpa Rasa Takut Atau Bimbang

Ekoran dari persetujuan pihak polis buat pertama kali membenarkan perhimpunan aman membantah cukai GST&kenaikan harga barang&kos hidup yang melampau,saya menyeru supaya semua peserta dan demonstran dari negeri Terengganu keluar beramai- ramai.

Himpunan akan diadakan sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang dengan tidak perlu merasa takut dan bimbang akan sebarang halangan dan tindak balas.

Bagaimanapun saya juga meminta semua demonstran dari negeri ini menjaga disiplin diri dan melahirkan bantahan secara aman dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang lari dari tujuan asal perhimpunan aman .

Tidak timbul soal, samada mahu menghadiri Himpunan tersebut atau tidak, selepas pihak polis membenarkan, hilanglah satu rintangan maka, seluruh anggota dan penyokog PAS wajib hadir sebagaimana yang dipertegaskan oleh Timbalan Presiden PAS.

Gerakan rakyat adalah suatu gerakan murni untuk membina kesedaran rakyat utk memperbetulkan kepincangan yg dilakukan oleh pihak berkuasa dan kalau perlu hingga kepada perubahan politik. Agenda yang murni ini perlu mendapat sokongan rakyat dan diteruskan samada ia dihalang atau mendapat persetujuan dari pihak pemerintah.

Kita berkumpul bukan dengan niat untuk berlawan dengan pihak keselamatan. Gerakan rakyat adalah gerakan aman dan menyeru kepada perdamaian. Yang penting kita mahu rakyat mendapat maklumat yang betul terhadap sesuatu isu dan menggunakan kuasa rakyat bagi membuat sesuatu tuntutan dan perubahan. Kita bukan merupakan suatu gerakan radikal, ganas dan mahu menentang sebarang tindakan kerajaan dengan tidak ada asas yang kukuh.

## Haji Yahaya Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat
PAS Negeri Terengganu
7.30 malam/ Rabu 30 April, 2014

Thursday 24 April 2014

Ayuh Semua

Himpunan Bantah GST & Kenaikkan Harga Barang, Pada 1 Mei 2014 di Dataran Merdeka. Mulai 2 Petang - 5 Petang. SEMUA Rakyat Dijemput hadir...

Wednesday 23 April 2014

Tanah Banggol Donas : Pendengaran Kes Kali Ke 5 Pada 30 April

KUALATERENGGANU – Mahkamah memutuskan untuk menunda kes tuntutan penduduk tanah di Kampung Banggol Donas dan Kampung Kubang Jela dan kepada 30 April ini untuk pendengaran semula, buat kali ke lima.
Menurut Encik Yasin Aminuddin Anwar, peguam yang mewakili tujuh pemilik tanah tersebut, hal itu diputuskan kerana ketidak hadiran Pegawai Undang-Undang Negeri yang mewakili kerajaan negeri.
Bagi kes tanah Kubang Jela, pihak mahkamah memutuskan, penduduk diberi ruang yang cukup bagi membuat pengukuran semula dan penduduk dibenarkan melantik juru nilai swasta bagi memuaskan hati mereka. “Pentadbir tanah hendaklah memaklumkan tarikh pengukuran tersebut dan pada masa itu, diminta semua pihak hadir untuk lihat pengukuran tersebut.
Haji Salleh EmbongDengan kehadiran juru nilai swasta itu, boleh mengesahkan pengukuran yang diminta samada seperti dalam perwartaan 1962, adakah tepat, betul atau macamana.
Selepas pengukuran itu baharulah dirujuk semula ke mahkamah samada ada lebihan atau tepat ukuran seperti sekarang dan jika ada lebihan masa itulah diberi tambahan bayaran atau pampasan ,” jelas beliau yang ditemui di ruag legar mahkamah semalam, Rabu 23 April.
Ditanya samada kes yang difailkan itu menyalahi peraturan mahkamah, beliau menjelaskan, ada sedikit kesilapan teknikal yang tidak menepati kehendak dalam memfailkan kes tersebut tetapi ianya boleh diperbaiki.
Beliau turut menjelaskan kes Banggol Donas ini berlainan dengan kes di Kubang Jela yang mana kes di Kubang Jela telah diambil oleh kerajaan sementara itu di Banggol Donas, penduduk mempunyai geran yang sah.
Mengulas perkembangan terbaharu ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas, Salleh Embong [Gambar kanan]  berkata penduduk Banggol Donas hanya mempertahankan hak mereka mengikut lunas undang-undang yang ada.
Beliau menegaskan bahawa mereka bukannya komunis yang ingin lawan kerajaan dan perlu dihalau sebegitu rupa iaitu dengan menggunakan pasukan keselamatan di atas tanah mereka sendiri.
Katanya, kerajaan telah melanggar akta dan prosedur pengambilan tanah dan atas keyakinan itu maka penduduk mencabar notis dari Pejabat Tanah dan tidak akan sebegitu mudah menyerah kalah dalam mempertahankan hak mereka.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Dr. Alias Razak yang turut hadir bagi menyatakan sokongan, kesal dengan apa yang berlaku dan menyifatkan kerajaan gagal mengikut saranan Tuanku Sultan Terengganu.
Dalam Titah Ucapan DiRaja ketika perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu (KDYMM) menyarankan kerajaan perlu mengambil kira masalah rakyat dalam semua aspek.
>>> Kembali untuk berita lanjut Kes Tanah Banggol Donas:
1. Kerajaan tanggung Masalah Kerana Nak Tunjuk Kuasa
2. Tidak Mudah Kamai Angkat Tikar Bantal dan Pindah

Saturday 19 April 2014

Hudud: Masa depan PR dalam ilmu Allah – TG Abdul Hadi

KEMAMAN: “Dalam ilmu Allah, bukan ilmu saya,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjwab pertanyaan media berhubung masa depan Pakatan Rakyat berikutan usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah termasuk hukum hudud.

Beliau menjelaskan, ini kerana pelaksanaan hukum hudud merupakan agenda perjuangan PAS dan bukannya Pakatan Rakyat.

Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu optimis mereka yang memahami undang-undang jenayah syariah itu boleh menerimanya termasuk daripada kalangan bukan Islam.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang boleh menerima pelaksanaan undang-undang tersebut termasuk hukum hudud.

Sehubungan itu, katanya PAS menunggu keikhlasan semua pihak berhubung usaha Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 1993.

“Kita terima positif perkara yang berkait dengan Kelantan ini dan kita serah ikut cara Kelantan.

“PAS Pusat sokong sepenuhnya apa yang diusahakan oleh Kelantan itu,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu di Kemasik, tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali dan Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Jelasnya lagi, sebelum Dun Kelantan meluluskan undang-undang berkenaan, ia telah melalui proses yang betul dan mengikut amalan demokrasi.

Katanya, undang-undang tersebut telah disusun dengan penglibatan tokoh undang-undang syariah dan semasa seperti almarhum Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Tun Mohd Salleh Abas.

Selain itu, katanya NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput oleh kerajaan negeri pada satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde di ibu negara untuk memberikan pandangan berhubung undang-undang jenayah syariah itu sebelum dibawa ke persidangan Dun.

Bahkan, jelas beliau lagi, pihak badan Hak Asasi Manusia dunia juga diberi penjelasan mengenai undang-undang itu.

Wednesday 16 April 2014

Kerajaan Umno Amal Demokrasi ‘Bertingkat’

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketiga Belas telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada semalam, Ahad, 13 April.
Ia merupakan persidangan pertama selepas setahun pilihanraya umum kali ke-13 yang berlaku pada Mei tahun lalu.
Ketua Lujnah Hal Ehwal DUN PAS Terengganu YB Dr Alias Razak berharap terdapat perubahan dalam sikap kerajaan dalam perjalanan persidangan pada kali ini.
ADUN Bukit Tunggal itu berkata, sejak DUN yang ke-12 lalu, selepas Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said menerajui kerajaan ruang kebebasan para ADUN membawakan pertanyaan rakyat semakit menjadi sempit.
“sudahah masa persidangan pendek, banyak soalan-soalan yang dikemukakan ditolak dengan alas an yang remeh, ini menyempitkan ruang demokrasi dan peluang ‘rakyat’ bertanyakan tentang perjalanan kerajaan negeri,
“berbanding DUN Selangor, baru-baru ini bersidang selama seminggu, ruang dibuka luas, bahkan ahli-ahli penyokong kerajaan juga dilihat bebas untuk mengkritik pentadbiran kerajaan,”ujarnya ketika ditemui di pejabat PAS negeri Terengganu.
Dr AliasDr. Alias selaku Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu juga kesal, ketelusan maklumat juga disekat apabila kerajaan negeri Terengganu tidak lagi menyiarkan siaran langsung persidangan melalui ‘internet’.
Beliau yang juga wakil rakyat bagi DUN Bukit Tunggal semasa pemerintahan PAS dari tahun 1999 sehingga 2000 berkata, siara langsung telah dimulakan oleh kerajaan ketika itu.
“dari negeri Terengganu, kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah dari negeri Terengganu, yang selalu melaungkan tentang ketelusan maklumat,
“sedangkan DUN Terengganu sendiri menyembunyikan maklumat, memberhentikan siaran langsung persidangan DUN,”katanya.
Ini menunjukkan demokrasi ‘bertingkat’ yang berlaku antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, sedangkan kata beliau, kedua-dua kerajaan itu diterajui oleh parti yang sama, Umno dan Barisan Nasional.
Justeru beliau menyeru menteri berkenaan Datuk Seri Ahmada Shadery Cheek yang juga Ahli Paerlimen Kemaman dan juga Timbalannya Dato’ Jailani Johari yang juga ahi Parlimen hulu Terengganu agar campur tangan dalam hal tersebut.
“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan media Malaysia sudah semakin bebas, tapi siaran langsung DUN Terngganu disekat,
“baru-baru ini Timbalannya pun bersama MB melancarkan khidmat kemudahan ‘Terengganu Open Wi-Fi’ capaian internet dengan kemudahan WiFi secara percuma, apa ertinya kalau maklumat negeri ditapis,”jelasnya

Usul Membincangkan Perlaksanaan Syariah Ditolak DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS menyokong usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Presidennya Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu hudud walaupun ada pihak yang menentang hukum Allah itu.
“Isu ini wujud sejak awal 90-an, lebih awal dari Pakatan Rakyat (PR), sebab itu tiada masalah untuk kita kemukakan (hukuman hudud),”kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dalam satu sidnag media di lobi DUN Terengganu, ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) DUN sedang berlangsung di sini Selasa 15 April.
Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, terpulang kepada pihak berkenaan, sekirany ada pihak tidak bersetuju dengan usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
PC Dun Terengganu“Kita konsisten dalam isu ini,” katanya dan menambah, tidak ada sebarang perjanjian dibuat dalam muafakat PR yang menghalang PAS daripada melaksanakan hukuman syariah tersebut.
Sebelum itu, dalam persidangan DUN Terengganu yang sama, ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah teah membawa usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan negeri, berkenaan perlaksanaan hukum yang sama di negeri Terengganu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata persidangan DUN Terengganu hendaklah ditangguhkan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang diluluskan pada 7 Julai tahun 2002.
“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002,”ujarnya ketika mengemukakan usul tersebut.
Beliau berkata, isu tersebut adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maaidah ayat 38 dan lain-lain lagi.
Bahkan katanya, Enakmen tersebut telah mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu dan dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003.
“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.
“Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003,”jelasnya.
Namun malangnya, kata beliau, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.
Nmun sebaliknya, Yang Dipertua DUN, Mohd Zubir Embong kemudian ketika memberikan jawapan kepada persidangan berkata, usul tersebut ditolak kerana ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen pada sidang akan datang.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015.
Satu rang undang-undang persendirian juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.
Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan juga perlu dipinda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memaklumkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud sekiranya draf itu dibentang di Dewan Rakyat.

Kerajaan Terengganu Luluskan Pembalakan Dan Kawasan Perlombongan Secara Tergesa-Gesa

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno Terengganu disifatkan terlalu rakus mahu mengeluarkan hasil negeri sedangkan pendapatan dari sumber hasil minyak dan gas masih diperolehi setiap tahun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tindakan kerajaan negeri meluluskan kawasan membalak termasuk kawasan hutan simpan kekal Besul bagi tujuan perlombongan adalah amat mengejutkan.
penarahan hutan“saya amat bimang dengan pembalakan berskala besar dalam sejarah negeri Terengganu ini serta perlombongan bijih besi dan kilang keluli yang bakal dibina akan menyebabkan kemunahan ekologi dan kehilangan khazanah negeri,”
“kelulusan tergesa-gesa ini diberikan kepada enam buah syarikat bukan bumiputera selepas kerajaan memberikan lessen kepada syarikat dari Negara China untuk melombong bijih besi dan cadangan membina kilang keluli,”ujarnya
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mempersoalkan, apa relevannya kerajaan negeri meluluskan projek sebesar itu, sedangkan kerajaan telah memperolehi hasil royalti petroleum mencecah RM2.2 bilion setahun.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan segera keatas memperbetulkan keadaan, kerana lessen perlombongan yang diberi kepada enam syarikat sbelum ini sudah memberikan kesan yang teruk.
“kita sudah banyak kali menyuarakan, termasuk membawa dalam sidang isu ini, jangan kira kelulusan EIA (yang memang tak ada), apa yang berlaku seperti kemusnahan alam sekitar, kerosakan jalan raya,
Sungai Luit yang tercemar1“sudah berapa kali (dibawa) tetapi tak ada jawapan dari kerajaan negeri, jadi kita harap, kali ini kerajaan beri jawapan kerana ia melibatkan keluasan (hutan yang cukup besar),”jelasnya, yang jugawakil rakyat bagi Kawasan Paka.
Ahli-ahli Yang Berhormat PAS berkata demikian pada sidang media bersama yang diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketiga Belas, di sini pada Isnin 14 April.
Mengulas perkara yang sama, ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak berkata perlombongan bijih besi di Bukit Besi itu secara berleluasa menyebabkan berlaku penerokaan di kiri kanan bukit tersebut.
Katanya, kerajaan negeri Terengganu bukan ‘terdesak’ untuk mencari sumber kewangan kerana sudah ada pendapatan yang tetap pada setiap tahun.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu mempersoalkan apa yang menyebabkan kerajaan mengambil tindakan ‘rakus’ tersebut?
bukit besi3“kerajaan kita (Terengganu) bukan terdesak tentang masalah kewangan, jadi apa yang menyebabkan kerajaan terlalu terburu-buru dalam masa ang singkat (meluluskan projek tersebut), tanpa mengambil kira (bahawa) kerosakkan alam sekitar (yang berlaku) tidak akan sempat berlaku pemulihan,”
“kalau dibuat secara perlahan-lahan ada waktu untuk pemulihan, tapi semua sekelip mata (dan) apa yang saya tengok (sendiri) pembuangan sisa perlombongan tidak dikendali dengan baik, dibuang begitu sahaja,”katanya.
Menurutnya, beliau yang telah pergi melawat tapak perlombongan tersebut mendapati, air yang dilepaskan dari kawasan tersebut dilepas bebas ke dalam sungai Luit yang berhampiran menyebabkan merosakkan alam dan menghilangkan keindahan negeri Terengganu.
Dr Alias menambah, kerajaan dijangka meluluskan enam lagi lessen perlombongan kepada enam buah syarikat, selepas meluluskan enam lessen yang sedang beroperasi masa kini.

Akhirnya Kerajaan Setuju Bayar Penduduk Pasir Putih

KUALA TERENGGANU – Setelah pelbagai kaedah yang dibawa oleh pemimpin PAS dan Jawatakuasa Bertindak Penduduk Kampung Pasir Putih, akhirnya kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said bersetuju untuk memberikan bayaran kepada penduduk yang terlibat.
Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berakhir semalam, wakil rakyat PAS telah mengemukakan soalan dan menekan kerajaan berikutan keengganan kerajaan membayar wang pampasan berhubung projek pelebaran jalan Kuala Terengganu-Dungun.
datuk Ku Ust M Nor1Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menyampaikan rayuan dan rintihan penduduk Kampung Pasir Putih ketika berucap membahasakan Titah Tuanku.
“mengenai kes projek pelebaran jalan dari Kuala Terengganu ke Kuantan melalui Kampung Pasir Putih, saya mahu menyuarakan rayuan dan rintihan rakyay yang telibat dengan projek itu,
“mereka mengharapkan jasa baik, budi bicara kerajaan, membayar sedikit untuk membantu mereka (kerana) rumah dan kedai yang terpaksa diruntuhkan,”ujarnya.
Beliau yang juga ADUN Bukit Payong berkata, penduduk tidak bersalah kerana mereka tidak menyangka dan menyedari pengambilan tanah sebagaimana yang disebut oleh kerajaan dalam dokumen, sejak tahun 1964.
katanya, tanda batu rezab jalan tdak dialih dan geran baru tidak diberi oleh kerajaan serta kerajaan negeri membenarkan pemberian harta pusaka di pejabat tanah menggunakan geran lama.
Geran baharu telah didaftarkan 15 Januari 2007 tetapi sebahagian penduduk masih belum mengambil geran tersebut dan sebahagian telah pun dipindah milik kepada pemilik baharu, maknanya berlaku urus niaga jual beli.
pembinaan jalan kg pasir putih1Sehubungan itu, Ahmad Said turut mengakui, siasatan jabatan mendapati, pemilik baharu tidak dimaklumkan pengambilan tanah daripada milik asal.
Geran baharu menurutnya, telah didaftarkan 15 Januari 2007 tetapi sebahagian penduduk masih belum mengambil geran tersebut dan sebahagian telah pun dipindah milik kepada pemilik baharu, maknanya berlaku urus niaga jual beli.
ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar turut bangkit mencelah, merayu agar Menteri Besar membuat keputusan serupa sebagaimana yang dilakukan kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya sebelum ini dengan kadar RM5,000 seorang.
Akhirnya, kerajaan akur dan Ahmad Said berkata, kerajaan dengan rela hati dan tiada masalah mempertimbangkan dengan satu kadar yang akan ditentukan bagi membayar penduduk yang terbabit dengan projek pelebaran jalan tersebut.

Wednesday 9 April 2014

Demi Bersama Ikon NGO Cikgu Haji Azmi

Perbincangan santai dari petang tadi hingga program dialog pada sebelah malam dengan tokoh dan ikon NGO terkenal Haji Azmi Abd Hamid cukup bermenfaat. Pemimpin-pemimpin NGO's dan kalangan profesional yang hadir merasakan bahawa mereka cukup diransang untuk berperanan sebagai golongan pendesak dan bertindak sebagai 'third force' dalam mencorakkan perubahan politik negara ini. Paling tidak mereka yang mewakili kepentingan rakyat bertindak sebagai 'check and balance' terhadap polisi-polisi kerajaan kearah yang lebih baik. Apa yang penting mesti ada suatu pakatan dan pengembelingan kerja bersama sesama mereka







NGO Mampu Mengubah Pemerintah



KUALA TERENGGANU – Pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organisation – NGO) mampu mengubah pemerintah dan menukar satu-satu kerajaan dengan gerakan kuasa rakyat yang besar.
Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) Haji Yahaya Ali berkata, BERSIH adalah satu contoh dimana satu gerakan teratur telah dibuat dapat membentuk pendapat awam.

Ahmad Marzuk dedah pertukaran guru kerana dendam politik

Kuala Lumpur: Pertukaran guru berlaku kerana dua sebab. Yang pertama kerana memohon bertukar dan yang keduanya ditukar atas sebab-sebab tertentu. Pertukaran yang kedua tersebut iaitu ditukarkan termasuklah pertukaran membabitkan dendam politik. Dalam hal ini PAS melalui Normala Sudirman@ Cikgu Mala, yang juga Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan gigih memperjuangkan nasib guru-guru yang terbabit.

Cikgu Mala memberitahu bahawa pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bachok menceritakan kezaliman Umno-BN.