RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Kebebasan akhbar: Ranking Malaysia jatuh merudum


Kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, “Setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan menzahirkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.”

Banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3s36x2LiDD76JG1RVYYdJyyz_lhD6HU_-XGRBgR-THLH9WWkSwDQ_5CTtU7f9igA2LyRcXhxdGcc4zuCFgGv2bdCdFjCZWQsSMnWNYKJz5EM9i6LgAlEH6Sm5ZHxqGYDqdvPxos5EjZY/s1600/media.jpgKebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.

Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah.

Malaysia meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan suram berdasarkan Indeks  Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF), di mana kedudukan Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara.
Kedudukan Malaysia adalah dua anak tangga lebih rendah daripada junta tentera Myanmar. Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).

Laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.” Dalam laporan itu, Malaysia juga menerima “downward trend arrow” akibat “penipuan pilihan raya berleluasa dan halangan struktural untuk menghalang pembangkang daripada berkuasa secara sah.”

Jelas sekali ini adalah masalah institusi di mana kerajaan sengaja menjerut kebebasan akhbar untuk mengelakkan sebarang pendedahan berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melalui undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi.
Walau bagaimanapun, muslihat lain adalah untuk menghancurkan pembangkang dengan menyiarkan pembohongan tanpa rasa takut akan hukuman ataupun hanya semata-mata enggan memberikan mereka hak untuk menjawab.

Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja dengan tindakan rejim autoritarian yang menutup surat khabar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.
Tidak mudah untuk berjuang memansuhkan undang-undang zalim sebagaimana sukarnya untuk membetulkan pembohongan dan menegakkan hak untuk menjawab.
Sementara tindakan saman fitnah diperlukan untuk membezakan pembohongan dari fakta, prasyarat kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang bebas adalah perlu bagi menghukum mereka yang memperdagangkan kepalsuan dan fitnah.

Wednesday, 30 April 2014

Himpunan Bantah GST; Turun Dengan Tanpa Rasa Takut Atau Bimbang

Ekoran dari persetujuan pihak polis buat pertama kali membenarkan perhimpunan aman membantah cukai GST&kenaikan harga barang&kos hidup yang melampau,saya menyeru supaya semua peserta dan demonstran dari negeri Terengganu keluar beramai- ramai.

Himpunan akan diadakan sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dari pukul 2.00 hingga 5.00 petang dengan tidak perlu merasa takut dan bimbang akan sebarang halangan dan tindak balas.

Bagaimanapun saya juga meminta semua demonstran dari negeri ini menjaga disiplin diri dan melahirkan bantahan secara aman dan tidak mencetuskan sebarang provokasi yang lari dari tujuan asal perhimpunan aman .

Tidak timbul soal, samada mahu menghadiri Himpunan tersebut atau tidak, selepas pihak polis membenarkan, hilanglah satu rintangan maka, seluruh anggota dan penyokog PAS wajib hadir sebagaimana yang dipertegaskan oleh Timbalan Presiden PAS.

Gerakan rakyat adalah suatu gerakan murni untuk membina kesedaran rakyat utk memperbetulkan kepincangan yg dilakukan oleh pihak berkuasa dan kalau perlu hingga kepada perubahan politik. Agenda yang murni ini perlu mendapat sokongan rakyat dan diteruskan samada ia dihalang atau mendapat persetujuan dari pihak pemerintah.

Kita berkumpul bukan dengan niat untuk berlawan dengan pihak keselamatan. Gerakan rakyat adalah gerakan aman dan menyeru kepada perdamaian. Yang penting kita mahu rakyat mendapat maklumat yang betul terhadap sesuatu isu dan menggunakan kuasa rakyat bagi membuat sesuatu tuntutan dan perubahan. Kita bukan merupakan suatu gerakan radikal, ganas dan mahu menentang sebarang tindakan kerajaan dengan tidak ada asas yang kukuh.

## Haji Yahaya Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat
PAS Negeri Terengganu
7.30 malam/ Rabu 30 April, 2014

Wednesday, 9 April 2014

Demi Bersama Ikon NGO Cikgu Haji Azmi

Perbincangan santai dari petang tadi hingga program dialog pada sebelah malam dengan tokoh dan ikon NGO terkenal Haji Azmi Abd Hamid cukup bermenfaat. Pemimpin-pemimpin NGO's dan kalangan profesional yang hadir merasakan bahawa mereka cukup diransang untuk berperanan sebagai golongan pendesak dan bertindak sebagai 'third force' dalam mencorakkan perubahan politik negara ini. Paling tidak mereka yang mewakili kepentingan rakyat bertindak sebagai 'check and balance' terhadap polisi-polisi kerajaan kearah yang lebih baik. Apa yang penting mesti ada suatu pakatan dan pengembelingan kerja bersama sesama mereka







NGO Mampu Mengubah Pemerintah



KUALA TERENGGANU – Pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organisation – NGO) mampu mengubah pemerintah dan menukar satu-satu kerajaan dengan gerakan kuasa rakyat yang besar.
Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) Haji Yahaya Ali berkata, BERSIH adalah satu contoh dimana satu gerakan teratur telah dibuat dapat membentuk pendapat awam.

Ahmad Marzuk dedah pertukaran guru kerana dendam politik

Kuala Lumpur: Pertukaran guru berlaku kerana dua sebab. Yang pertama kerana memohon bertukar dan yang keduanya ditukar atas sebab-sebab tertentu. Pertukaran yang kedua tersebut iaitu ditukarkan termasuklah pertukaran membabitkan dendam politik. Dalam hal ini PAS melalui Normala Sudirman@ Cikgu Mala, yang juga Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan gigih memperjuangkan nasib guru-guru yang terbabit.

Cikgu Mala memberitahu bahawa pendedahan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bachok menceritakan kezaliman Umno-BN.

Tuesday, 11 February 2014

Majlis Ramah Mesra & Dailog NGO

Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu (Singkatan DEMI) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2 pada 14hb Februari 2014 bertempat di Qurata Riverside, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Setakat ini 40 NGO telah mengesahkan kehadiran 3 atau 3 wakil NGO masing2. 

Majlis akan bermula jam 3 ptg dgn Hi Tea dan diikuti sesi taaruf NGO (pengenalan) oleh pemimpin NGO masing2 secara santai.

Sesi selanjutnya yg akan bermula sejurus solat asar akan bertempat dalam dewan sidang dimulakan dgn Ucapan Aluan oleh Pengerusi Lujnah merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Hj Yahaya Ali.

Moderator selanjutnya akan mengendalikan sesi Dialog dengan NGO2.

Dialog ini selain bertujuan memperkenalkan Lujnah, ia juga mempunyai matlamat mencapai beberapa konsensus.

1. Bagi mengiktiraf keadaan negeri Terengganu yg mempunyai banyak isu isu yg memerlukan pembelaan dan perjuangan melalui penglibatan NGO2.

2. Bagi mencapai kesepakatan bahawa satu bentuk permuafakatan perlu diwujudkan di kalangan semua NGO supaya momentum yg lebih berkesan boleh terhasil.

3. Bagi membincangkan bagaimana mekanisma2 yg bersesuaian dalam mengukuhkan dan menggerakkan kesepakatan dan muafakat yg akan diwujudkan.

Selain dari itu satu slot 10 minit akan diberikan kepada pengendali Blogspot Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) untuk memberi penerangan tentang blog tersebut.

Majlis ini akan dirasmikan penutup dan rumusan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri.


Hanya Jemputan yang boleh hadir... berminat sms ambo : 013929 9944

Saturday, 1 February 2014

Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman

Majlis upacara pecah tanah untuk pembinaan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman (Bukit Payung)telah di sempurnakan perasmiannya oleh Presiden PAS,Dato Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Turut mengiringi Tuan Guru iaitu pengarah MTD Bukit Payung yang juga merupakan YB Adun Bukit Payung,Ustaz Mohd Nor Hamzah.
----------------------------------
Sedikit Info berkaitan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman.

Selaku pengarah MTD bukit payong, yb ustaz mohd nor hamzah menjadi penggerak utama pembinaan komleks tersebut.

Angaran kos pembinaan kompleks tersebut RM400 ribu, di dirikan setinggi 3 tingkat, aras pertama dibina ruangan pejabat Dan kedai hasil lakaran pelan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri , aras dua pula akan dibina rumah penginapan manakala aras tiga akan dijadikan dewan utama.

Untuk sebarang sumbangan. Boleh disumbang ke akaun Maybank  - Kompleks Madrasah Darul Iman No Akaun: 5630 1923 3967.

Sumbangan dari pihak tuan/puan amat diharapkan untuk mempercepatkan Dan melancarkan perjalanan pembinaan kompleks tersebut.






Friday, 31 January 2014

Hanya Islam Menjadi Penyelamat

Allah memberi kekuatan kepada kita sehingga mampu mendirikan pusat pengajian, mengukuhkan diri anak-anak kita dengan didikan Islam, kekuatan orang Islam, bahkan kekuatan manusia seluruhnya ialah petunjuk Allah Taala ada dalam ajaran Islam, khusus dalam ajaran Islam sahaja, ajaran yang membantu dan memimpin manusia.
Alhamdulillah hari ini kita melihat seluruh manusia berada dalam ketakutan selaku apa yang telah diberi amaran oleh Allah. “telah zahir dan nyata kerosakan dalam negeri kamu oleh sebab kerja tangan tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka. Mudah- mudahan mereka balik semula kepada petunjuk Allah”.
Maksudnya di seluruh dunia, banyak berlaku jenayah, membunuh, mencederakan manusia, tersebarnya pelbagai jenis penyakit, berlakunya peperangan yang besar, kerana manusia terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.
Tidak kira aral, asalkan untung dapat. Untuk itu, Allah Taala tunjukkan kepada kita pelbagai penyakit tersebar, penyakit yang tidak pernah kita dengar namanya pada masa dahulu.
Sekarang pada bulan Februari ini, dunia digemparkan dengan perubahan cuaca dunia. Di negeri kita berlaku cuaca sejuk yang luar biasa. Di sesetengah negara berlaku ribut, bukan hujan biasa saja. termasuk di negara Arab, ahli-ahli sains berasa bimbang kerana paksi kedudukan bumi sudah berubah.
Puncanya manusia sudah merosakkan bumi. Mereka mengadakan ujian-ujian senjata, membina bangunan yang tinggi tinggi dan berbagai-bagai lagi kerosakan yang dibuat.
Allah Taala tunjukkan rosak akhlak, penyakit, perubahan cuaca dunia. Ini semua adalah tanda tanda akhir zaman yang diberitahu oleh Rasul dalam hadis hadis baginda yang berlainan (dan) yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah islam.
Semua agama lain tidak mampu. Ajaran ajaran lain juga tidak mampu untuk membantu manusia, tetapi tidak ramai yang ikut Islam (bahkan) makin ramai lagi yang nama Islam ni hanya cukup sambil lewa sahaja.
Hari ini banyak orang minat kepada pendidikan agama termasuk di negara negara yang bukan islam. Bulan lepas, ulama’ telah melawat England dan Ireland. Di Ireland, dibawa melawat ke pusat islam, muslim centre. ucapan aluan diberikan oleh pengerusi pusat islam itu.
tmp_IMG-20140131-WA0031-1867446211Beliau memberitahu pusat islam itu asalnya adalah pusat gereja, pusat itu asalnya untuk melatih ‘missionary’ kristian iaitu mubaligh kristian yang dihantar ke seluruh dunia ke jajahan jajahan British.
Pusat latihan itu dijual kepada orang Islam, menunjukkan bahawa islam adalah agama yang mudah. Orang islam boleh beli, yang kemudian menjadi tempat sembahyang Jumaat, kemudian dibuat bilik bilik untuk pelapis, anak anak kita di England.
Apa yang mendukacitakan kita adalah orang putih yang tidak tahu agama mula nak mari ke Islam tapi orang Islam sendiri nak tinggalkan Islam, ia jadi terbalik pula, bukan sahaja orang Melayu, tapi orang Arab pun sendiri. sibuk dengan peperangan, sibuk dengan huru hara dalam negara mereka.
Yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah Islam, maka wajib kita mendirikan tempat tempat untuk mendidik anak anak (dan) tidak rugi kita membelanjakan duit yang banyak untuk anak anak yang soleh. Inilah manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua.
Harta benda dan anak anak merupakan perhiasan dunia, yang kekal hanyalah perkara perkara kebajikan yang memberi pahala walaupun kita telah meninggal dunia, yang dinamakan kebajikan yang paling besar pahalanya dan paling berpanjangan, termasuklah sumbangan yang kita beri dalam menyebarkan agama.
Ini lebih besar daripada amal amal yang lain (teatapi) banyak orang tidak sedar dengan perkara ini, kerana usaha untuk mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan. Anak-anak yang keluar dari sini, menyebarkan ilmunya, sampai pahalanya kepada penderma (dan) inilah besarnya yang kita kena faham.
Adpun kita jamu orang, memang boleh pahala juga, tetapi setakat tu jelah. tetapi sumbangan dalam mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan sampai akhirat. bayak orang tidak sedar mengenai perkara ini.
Alhamdulillah, di sini ada pondok yang boleh dikembangkan lagi(dan) marilah kita sama sama memberi sumbangan kepada kerja kerja sebegini, kerja kerja yang mempunyai fadilat yang sangt besar, mudah mudahan amal yang dibuat ini diberkati oleh Allah, diterima oleh Allah.
***Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdil Hadi Awang dalam program Majlis Pecah Tanah pembinaan Fasa 3 Kompleks Pendidikan Islam Darul Iman

PAS Akan Bincang Teliti Isu Yang Berlaku Di Negeri Selangor

MARANG – Bagi PAS masalah yang sedang berlaku di negeri Selangor yang membawa kepada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang adalah masalah Parti Keadilan rakyat (PKR).
Namun begitu, menurut Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun ia merupakan hak PKR, PAS perlu mengambil perhatian kerana PKR dan PAS adalah bersama dalam Pakatan Rakyat.
“insiden yang berlaku di Selangor, bagi PAS perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dan pencalonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (menghadapi pilihanraya kecil) itu hak Prti Keadilan Rakyat………itu hak bagi mereka,
“tetapi oleh kerana kita (PAS) naik satu bas (bersama Pakatan Rakyat)….bas yang sama, kita (PAS) kita ambil kira juga(tentang) penumpangnya……drver (pemandu)nya dan ‘konduktor’nya,”ujarnya.
TUAN IBARHIM TUAN MAN1Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program penerangan Ceramah Isu Semasa di pekan Wakaf Tapai dekat sini semalam, Khamis malam Jumaat 30 Januari.
Beliau yang mengambil analogi sebuah bas, mengatakan, walaupun sebagai seorang penumpang, penumpang itu perlu tahu dan menentukan pemandu bas itu mahu membawa bas itu ke arah mana.
“kita nak pergi ke kota Bharu, (tapi) kalau pemandu bawa pergi ke Kuala Lumpur, nyaya lah kita……..yang kedua pemandu bas hanya ada seorang, kalau pemandu ada dua susahlah kita,”jelasnya.
Sebelum itu, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal perlantikan seseorang Menteri Besar (MB), bukan hanya perlu persetujuan sesama parti yang menang, tetapi persetujuan Sultan adalah penting.
Katanya, PAS belajar melalui pengalaman bagaimana kesukaran pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, apabila kerajaan tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak ‘istana’.
TG Pas setiu“Untuk lantik MB, bukan hanya persetujuan sesama parti diperlukan, tetapi juga persetujuan Sultan. Kita belajar dari pengalaman bagaimana kesukaran kita di (negeri) Perak bila kita tak mempunyai hubungan yang baik dengan istana,”ujarnya dalam perjumpaan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Setiu di Rusila petang Khamis.
Beliau berkata, ilihanraya Selepas pru 13, walaupun kita mempunyai lebih banyak kerusi di negeri Selangor dan berupaya menentukan sesiapa yang akan dilantik sebagai MB, tetapi bersetuju dan mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB kerana beliau seorang ahli korporat yang sangat amanah.
“kita mengambil sikap untuk mendapat lebih kerusi exco dengan memberikan kerusi MB kepada PKR. Alhamdulillah, kita mendapat MB seorang ahli korporat yang sangat amanah dengan wang negeri………Tak rasuah.
“Orang politik yang nak mintak projek, tak kena cara (dengan) dia, (dia) tak bagi (projek)…….Telus dalam pentadbiran,”tambahnya lagi
Oleh itu, beliau menegaskan, apa yang berlaku di negeri Selangor sekarang dalah bukan masalah PAS, tetapi merupakan masalah dalaman PKR.
Katanya, PAS akan membincangkan isu tersebut dengan teliti dan mengambil kira segenap aspek serta sudut dalam mesyuarat Jawatankuaa Politik PAS Pusat yang akan diadakan pada hari Isnin, 2 Feb 2014

Wednesday, 29 January 2014

ADUN Chukai Kesal Lesen Perniagaan MPK Naik 200%

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat kesal dan kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menaikkan bayaran lesen perniagaan sehingga 200 peratus.
Beliau berkata, MPK sepatutnya lebih prihatin tidak menekan peniaga kecil-kecilan dan menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari hasil cukai industri.

“Saya kecewa MPK menaikan lesen perniagaan sehingga 200% yang membebankan rakyat tanpa mengeluarkan notis, peniaga terkejut apabila membuat bayaran lesen……….tiba-tiba dimaklumkan kenaikannya,“sepatutnya MPK mengabaikan peniaga-peniaga kecil kerana pendapatan cukai daripada kilang-kilang besar sudah memadai untuk menanggung semua perbelanjaan MPK,”ujarnya.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis jamuan bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina disini pada Isnin malam 27 Januari.

IMG-20140128-WA0003Sebelum itu, dalam ucapannya beliau berkata ‘tahun kuda hijau’ memberi makna tegas, pintar, baik, menerima arahan dan melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Katanya, orang Cina juga percaya tujuan hidup mereka adalah untuk mencari kebebasan dan kebahagian.

“tahun kuda hijau amat sesuai kepada kaum Tionghua untuk keluar dari kepompong BN kepada Pakatan Rakyat,”jelasnya.

dalam majlis tersebut Hanafiah turut memberikan sumbangan ‘Ang Pow’ kepada seramai 130 orang kanak-kanak dan warga emas yang berumur lebih 70 tahun.

Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengeruis Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu Jeffri Chua dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan keikhlasan kerajaan Umno dan Barisan Nasional dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, sehingga kini hanya seramai 600 orang sahaja dari ribuan mangsa banjir yang telah menerima sumbangan.

“mengapa setakat ini hanya 600 orang sahaja yang dapat, sedang ribuan (mangsa banjir) yang lain terpksa menunggu sehingga bulan April.

“Apa yg malangnya apabila Perdana Menteri berjanji setiap orang akan mendapat barangan bernilai RM 5,000.00 tetapi tinjauan yang dibuat harga peti sejuk,

“televisyen, dapur, tilam dan bantal tidak lebih RM 1500.00……….mana pergi wang selebihnya?,”soal beliau.

Saturday, 25 January 2014

PERUTUSAN KEPIMPINAN PAS DI ATAS PEMERGIAN DATO TUAN GURU HJ HARON TAIB

Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan ahli-ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri al-Marhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulama PAS di atas pemergian al-Marhum Dato’ Tuan Guru Hj. Haron Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi Sabtu 25 Januari 2014.
Sesungguhnya al-Marhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau. Al-Marhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu al-Marhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendokongnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau.
Semoga al-Marhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT.
Sekian. Wassalam.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Tuesday, 31 December 2013

Aishah dilantik AJK Dewan Muslimat PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat telah membentuk saf kepimpinan bagi sesi 2013/2015 dengan penambahan lajnah baru bagi memantapkan Dewan sebagai penghubung kepada seluruh masyarakat.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penambahan Lajnah baru adalah Unit Veteran PAS diketuai mantan Ketua Muslimat PAS Pusat selama sembilan penggal, Ustazah Jamilah Ibrahim dan Lajnah Pembangunan Keluarga diketuai Datuk Siti Ashah Ghazali.

Menurutnya, Muslimat PAS Pusat turut membentuk Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi diketuai penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu', Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengersi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO, Aiman Athirah Aljundi.

"Saya berharap semua AJK yang dilantik dan dipilih oleh perwakilan dapat menjalankan amanah dengan menterjemahkan Islam sebagai rahmat kepada semua alam dalam apa juga aspek," katanya.

Beliau bekata, Muslimat sebagai penghubung masyarakat di setiap peringkat perlu bersama seluruh rakyat dan berusaha memberikan khidmat terbaik kepada umat.

Katanya, Muslimat perlu mendidik masyarakat supaya berakhlak mulia serta bersama mencari keberkatan dalam perjuangan menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat dan berkebajikan.

Mesyuarat turut memilih Azlina Che Harun sebagai Setiausaha; Bendahari, Aida Yusof Rawa; Ketua Penerangan, Mastura Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya, Aiman Athirah Al Jundi.

Penolong Setiausaha 1 disandang Nurul Ain Zaki dan Penolong Setiausaha 2, Nurul Shuhadah Shuib. Pengerusi Tetap kekal disandang Norhashimah Deraman dan Timbalan Pengerusi Tetap, Norazlin Md Samsudin.
Berikut adalah senarai penuh pengerusi lajnah:
Pengerusi Lajnah Politik & Pilihan Raya : Siti Zailah Mohd Yusof
Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti & Pengurusan Organisasi  : Dr Siti Mariah Mahmud.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa : Mumtaz Md Nawi
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah, Perkaderan & Dakwah : Dr Ustazah Asiah Ali
Pengerusi Lajnah Penerangan & Media : Mastura Mohamad
Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pengukuhan Kewangan : Wan Ubaidah Omar
Pengerusi Lajnah Pendidikan : Dr Halimah Ali Abdullah
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional : Noor Hanim Ismail
Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan :  Ustazah Azizah Khatib Mat
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar : Norwani Ahmat
Pengerusi Lajnah Pengguna : Normala Sudirman
Pengerusi Muslimat Legal Team (MusLeT) : Senator Khairiah Mohamed
Pengerusi Muslimat Medical Team (MusMedik) : Dr Rohani Muttalib
Pengerusi Ameerah : Fareedah Samad
Pengerusi Nisa’ : Nura Muna Halim
Pengerusi Sekretariat DMPP : Azlina Che Harun
Pengerusi Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat (DMPM): Dr Siti Mariah Mahmud
Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Pusat : Aiman Athirah AlJundi
Pengarah Jabatan Briged Muslimat : Noor Afizah Basaruddin
Pengarah Jabatan IT Muslimat : Zarina Osman
Pengarah Jabatan Penyelidikan, Pembangunan & Arkib : Dr Hafizah Ahmad

AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang dipilih muktamar ialah  Dr Halimah Ali; Aiman Athirah AlJundi; Khairiah Mohamed; Normala Sudirman; Dr Ustazah Asiah Ali; Aida Yusof Rawa; Wan Ubaidah Omar; Mastura Mohamad; Datuk Siti Ashah Ghazali; Azizah Khatib Mat; Wan Hasrina Wan Hassan dan Kartini Ahmad.

Sembilan AJK yang dilantik ialah Noor Hanim Ismail; Wan Aishah Wan Ariffin; Zaroni Othman; Dr Rohani Muttalib; Rosiah Salleh; Mariam Abd Rashid;Norwani Ahmad; Fareedah Samad dan Nura Muna Halim.

Monday, 30 December 2013

Kabinet PAS Terengganu 2013 - 2015

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengumumkan senarai Kepimpinan Harian PAS Terengganu bagi sesi 2013 – 2015.

Pesuruhjayanya yang baru dilantik, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, membuat pengumuman tersebut di pejabat Perhubungan PAS, Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, sebentar tadi.

PAS Terengganu Umum Kabinet

Berikut adalah senarai ‘Kepimpinan Harian’ :

Pesuruhjaya : YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Tim. Pesuruhjaya 1 : YB Dr Alias Abd Razak
Tim. Pesuruhjaya 2 : Haji Yahaya Ali
Tim. Pesuruhjaya 3 : Dato’ Ustaz Nik Muhamad Zawawi
Ketua Dewan Ulama : Dato’ Ustaz Hussin Awang
Ketua Pemuda : Ustaz Kamaruazaman Abdullah
Ketua Muslimat : Puan Safinah Jusoh
Setiausaha : Haji Muhyiddin Abd Rasyid
Penolong Setiausaha (PSU) 1 : Ustaz Zakaria Dagang
PSU 2 : Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria
PSU 3 : YB Haji Hanafiah Mat
Ketua Penerangan : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Bendahari : M Shukrimun Shamsuddin
Pengarah Jabatan Pilihanraya : YB Ustaz Ariffin Deraman

Sementara itu, tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik adalah;

1. YBM Dr Syed azman Syed Ahmad Nawawi
2. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik
3. Dr Azman ibrahim
4. Haji Saifuddin Othman
5. Ustaz azman Shapawi Abdul Rani
6. Ustaz Mohd Harun Jusoh
7. Hajah Zarani Othman
Selamat menjalankan tugas...