RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Friday 31 January 2014

Hanya Islam Menjadi Penyelamat

Allah memberi kekuatan kepada kita sehingga mampu mendirikan pusat pengajian, mengukuhkan diri anak-anak kita dengan didikan Islam, kekuatan orang Islam, bahkan kekuatan manusia seluruhnya ialah petunjuk Allah Taala ada dalam ajaran Islam, khusus dalam ajaran Islam sahaja, ajaran yang membantu dan memimpin manusia.
Alhamdulillah hari ini kita melihat seluruh manusia berada dalam ketakutan selaku apa yang telah diberi amaran oleh Allah. “telah zahir dan nyata kerosakan dalam negeri kamu oleh sebab kerja tangan tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka. Mudah- mudahan mereka balik semula kepada petunjuk Allah”.
Maksudnya di seluruh dunia, banyak berlaku jenayah, membunuh, mencederakan manusia, tersebarnya pelbagai jenis penyakit, berlakunya peperangan yang besar, kerana manusia terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.
Tidak kira aral, asalkan untung dapat. Untuk itu, Allah Taala tunjukkan kepada kita pelbagai penyakit tersebar, penyakit yang tidak pernah kita dengar namanya pada masa dahulu.
Sekarang pada bulan Februari ini, dunia digemparkan dengan perubahan cuaca dunia. Di negeri kita berlaku cuaca sejuk yang luar biasa. Di sesetengah negara berlaku ribut, bukan hujan biasa saja. termasuk di negara Arab, ahli-ahli sains berasa bimbang kerana paksi kedudukan bumi sudah berubah.
Puncanya manusia sudah merosakkan bumi. Mereka mengadakan ujian-ujian senjata, membina bangunan yang tinggi tinggi dan berbagai-bagai lagi kerosakan yang dibuat.
Allah Taala tunjukkan rosak akhlak, penyakit, perubahan cuaca dunia. Ini semua adalah tanda tanda akhir zaman yang diberitahu oleh Rasul dalam hadis hadis baginda yang berlainan (dan) yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah islam.
Semua agama lain tidak mampu. Ajaran ajaran lain juga tidak mampu untuk membantu manusia, tetapi tidak ramai yang ikut Islam (bahkan) makin ramai lagi yang nama Islam ni hanya cukup sambil lewa sahaja.
Hari ini banyak orang minat kepada pendidikan agama termasuk di negara negara yang bukan islam. Bulan lepas, ulama’ telah melawat England dan Ireland. Di Ireland, dibawa melawat ke pusat islam, muslim centre. ucapan aluan diberikan oleh pengerusi pusat islam itu.
tmp_IMG-20140131-WA0031-1867446211Beliau memberitahu pusat islam itu asalnya adalah pusat gereja, pusat itu asalnya untuk melatih ‘missionary’ kristian iaitu mubaligh kristian yang dihantar ke seluruh dunia ke jajahan jajahan British.
Pusat latihan itu dijual kepada orang Islam, menunjukkan bahawa islam adalah agama yang mudah. Orang islam boleh beli, yang kemudian menjadi tempat sembahyang Jumaat, kemudian dibuat bilik bilik untuk pelapis, anak anak kita di England.
Apa yang mendukacitakan kita adalah orang putih yang tidak tahu agama mula nak mari ke Islam tapi orang Islam sendiri nak tinggalkan Islam, ia jadi terbalik pula, bukan sahaja orang Melayu, tapi orang Arab pun sendiri. sibuk dengan peperangan, sibuk dengan huru hara dalam negara mereka.
Yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah Islam, maka wajib kita mendirikan tempat tempat untuk mendidik anak anak (dan) tidak rugi kita membelanjakan duit yang banyak untuk anak anak yang soleh. Inilah manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua.
Harta benda dan anak anak merupakan perhiasan dunia, yang kekal hanyalah perkara perkara kebajikan yang memberi pahala walaupun kita telah meninggal dunia, yang dinamakan kebajikan yang paling besar pahalanya dan paling berpanjangan, termasuklah sumbangan yang kita beri dalam menyebarkan agama.
Ini lebih besar daripada amal amal yang lain (teatapi) banyak orang tidak sedar dengan perkara ini, kerana usaha untuk mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan. Anak-anak yang keluar dari sini, menyebarkan ilmunya, sampai pahalanya kepada penderma (dan) inilah besarnya yang kita kena faham.
Adpun kita jamu orang, memang boleh pahala juga, tetapi setakat tu jelah. tetapi sumbangan dalam mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan sampai akhirat. bayak orang tidak sedar mengenai perkara ini.
Alhamdulillah, di sini ada pondok yang boleh dikembangkan lagi(dan) marilah kita sama sama memberi sumbangan kepada kerja kerja sebegini, kerja kerja yang mempunyai fadilat yang sangt besar, mudah mudahan amal yang dibuat ini diberkati oleh Allah, diterima oleh Allah.
***Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdil Hadi Awang dalam program Majlis Pecah Tanah pembinaan Fasa 3 Kompleks Pendidikan Islam Darul Iman

PERUTUSAN DARI PENGERUSI BADAN PENGGERAK DEMOKRASI DAN MOBILISASI RAKYAT TERENGGANU

Photo: Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat. SELANJUTNYA >>- http://demokrasiterengganu.blogspot.com/2014/01/perutusan-khas.htmlAlhamduliLlah, Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat.

Kewujudan BPDMR (insya Allah akan diberi nama ringkas atau nama baru selepas ini) sangat penting sebagai suatu wadah untuk menjadi penghubung dan bertindak sebagai badan penyelaras kepada seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) yang ada kaitan dengan perjuangan Islam bagi memperjuangkan pelbagai isu dan fokus masing-masing seperti isu sosial, ekonomi, pendidikan, kebajikan, rekreasi & sukan dan lain-lain. Apa yang penting mereka perlu digerakkan kepada suatu tahap kematangan dan matlamat perjuangan yang lebih jelas.

Islam menuntut kita berjuang dan berjihad dalam pelbagai bidang sebagaimana maksud firman Allah (al-Baqarah : 208),

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Kita wajib memahami tugas kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini,  antara lain adalah untuk menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia ini dengan agama.  Maka sudah tentulah perjuangan NGO’s pada akhirnya adalah untuk melihat apa yang diperintahkan Allah dalam sesebuah masyarakat dan negara sebagaimana maksud firman Allah (Saba : 15) menjadi kenyataan,

“Negara yang aman dan makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT”

BPDMR mestilah diusahakan menjadi platform terbaik untuk bertemu dari masa kesemasa samada secara lansung atau melalui media baru supaya kita boleh kedepankan pelbagai isu penting dalam masyarakat yang menuntut penyelesaian terbaik. Kita boleh berbeda pendapat tetapi yang penting tindakan penyelesaian mesti selari dengan kehendak al-Quran dan hadis.

Pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat mencabar kita supaya lebih sabar, matang dan bertindak secara bijaksana. Sebahagian dari masyarakat kita tidak kisah dengan apa saja isu yang ada di hadapan mereka. Apa yang mereka fikirkan ialah untuk terus hidup dengan aman dan boleh cari makan. Di sinilah antara lain peranan NGO’s untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. NGO’s dan masyarakat perlu dilatih bukan sahaja mahu melihat negara yang aman tetapi isu-isu yang berkait dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pemborosan, pembahagian kekayaan yang tidak adil, keselamatan, hak pengguna, kesihatan, kebersihan alam sekitar dan lain-lain turut menjadi kepekaan mereka. Mereka perlu diberi kefahaman antara kerajaan yang adil yang menjamin masa depan mereka berbanding dengan kerajaan yang zalim yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Sampai pada satu tahap mereka perlu dimobilisasikan untuk keluar dari rumah dan menuntut hak mereka dan generasi yang akan datang. Individu boleh buat silap dan kesannya kecil tetapi kerajaan tidak boleh dibiasakan membuat kesilapan kerana ia boleh memusnahkan harapan kita bersama.

Kita berharap dengan adanya BPDMR, hubungan di antara sesama NGO’s ini akan menjadi lebih erat dan permuafakatan kita akan menjadi lebih jitu dan bermakna bagi mencapai matlamat bersama. Menfaatkanlah blog yang baru dirintis ini sebaik-baiknya, insya Allah.

Haji Yahaya Ali
Pengerusi
Badan Penggerak Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat

PAS Akan Bincang Teliti Isu Yang Berlaku Di Negeri Selangor

MARANG – Bagi PAS masalah yang sedang berlaku di negeri Selangor yang membawa kepada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang adalah masalah Parti Keadilan rakyat (PKR).
Namun begitu, menurut Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun ia merupakan hak PKR, PAS perlu mengambil perhatian kerana PKR dan PAS adalah bersama dalam Pakatan Rakyat.
“insiden yang berlaku di Selangor, bagi PAS perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dan pencalonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (menghadapi pilihanraya kecil) itu hak Prti Keadilan Rakyat………itu hak bagi mereka,
“tetapi oleh kerana kita (PAS) naik satu bas (bersama Pakatan Rakyat)….bas yang sama, kita (PAS) kita ambil kira juga(tentang) penumpangnya……drver (pemandu)nya dan ‘konduktor’nya,”ujarnya.
TUAN IBARHIM TUAN MAN1Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program penerangan Ceramah Isu Semasa di pekan Wakaf Tapai dekat sini semalam, Khamis malam Jumaat 30 Januari.
Beliau yang mengambil analogi sebuah bas, mengatakan, walaupun sebagai seorang penumpang, penumpang itu perlu tahu dan menentukan pemandu bas itu mahu membawa bas itu ke arah mana.
“kita nak pergi ke kota Bharu, (tapi) kalau pemandu bawa pergi ke Kuala Lumpur, nyaya lah kita……..yang kedua pemandu bas hanya ada seorang, kalau pemandu ada dua susahlah kita,”jelasnya.
Sebelum itu, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal perlantikan seseorang Menteri Besar (MB), bukan hanya perlu persetujuan sesama parti yang menang, tetapi persetujuan Sultan adalah penting.
Katanya, PAS belajar melalui pengalaman bagaimana kesukaran pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, apabila kerajaan tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak ‘istana’.
TG Pas setiu“Untuk lantik MB, bukan hanya persetujuan sesama parti diperlukan, tetapi juga persetujuan Sultan. Kita belajar dari pengalaman bagaimana kesukaran kita di (negeri) Perak bila kita tak mempunyai hubungan yang baik dengan istana,”ujarnya dalam perjumpaan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Setiu di Rusila petang Khamis.
Beliau berkata, ilihanraya Selepas pru 13, walaupun kita mempunyai lebih banyak kerusi di negeri Selangor dan berupaya menentukan sesiapa yang akan dilantik sebagai MB, tetapi bersetuju dan mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB kerana beliau seorang ahli korporat yang sangat amanah.
“kita mengambil sikap untuk mendapat lebih kerusi exco dengan memberikan kerusi MB kepada PKR. Alhamdulillah, kita mendapat MB seorang ahli korporat yang sangat amanah dengan wang negeri………Tak rasuah.
“Orang politik yang nak mintak projek, tak kena cara (dengan) dia, (dia) tak bagi (projek)…….Telus dalam pentadbiran,”tambahnya lagi
Oleh itu, beliau menegaskan, apa yang berlaku di negeri Selangor sekarang dalah bukan masalah PAS, tetapi merupakan masalah dalaman PKR.
Katanya, PAS akan membincangkan isu tersebut dengan teliti dan mengambil kira segenap aspek serta sudut dalam mesyuarat Jawatankuaa Politik PAS Pusat yang akan diadakan pada hari Isnin, 2 Feb 2014

Wednesday 29 January 2014

ADUN Chukai Kesal Lesen Perniagaan MPK Naik 200%

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat kesal dan kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menaikkan bayaran lesen perniagaan sehingga 200 peratus.
Beliau berkata, MPK sepatutnya lebih prihatin tidak menekan peniaga kecil-kecilan dan menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari hasil cukai industri.

“Saya kecewa MPK menaikan lesen perniagaan sehingga 200% yang membebankan rakyat tanpa mengeluarkan notis, peniaga terkejut apabila membuat bayaran lesen……….tiba-tiba dimaklumkan kenaikannya,“sepatutnya MPK mengabaikan peniaga-peniaga kecil kerana pendapatan cukai daripada kilang-kilang besar sudah memadai untuk menanggung semua perbelanjaan MPK,”ujarnya.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis jamuan bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina disini pada Isnin malam 27 Januari.

IMG-20140128-WA0003Sebelum itu, dalam ucapannya beliau berkata ‘tahun kuda hijau’ memberi makna tegas, pintar, baik, menerima arahan dan melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Katanya, orang Cina juga percaya tujuan hidup mereka adalah untuk mencari kebebasan dan kebahagian.

“tahun kuda hijau amat sesuai kepada kaum Tionghua untuk keluar dari kepompong BN kepada Pakatan Rakyat,”jelasnya.

dalam majlis tersebut Hanafiah turut memberikan sumbangan ‘Ang Pow’ kepada seramai 130 orang kanak-kanak dan warga emas yang berumur lebih 70 tahun.

Turut memeriahkan majlis adalah Timbalan Pengeruis Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu Jeffri Chua dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan keikhlasan kerajaan Umno dan Barisan Nasional dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Katanya, sehingga kini hanya seramai 600 orang sahaja dari ribuan mangsa banjir yang telah menerima sumbangan.

“mengapa setakat ini hanya 600 orang sahaja yang dapat, sedang ribuan (mangsa banjir) yang lain terpksa menunggu sehingga bulan April.

“Apa yg malangnya apabila Perdana Menteri berjanji setiap orang akan mendapat barangan bernilai RM 5,000.00 tetapi tinjauan yang dibuat harga peti sejuk,

“televisyen, dapur, tilam dan bantal tidak lebih RM 1500.00……….mana pergi wang selebihnya?,”soal beliau.

Tuesday 28 January 2014

GANTI : PRK KAJANG MENGECEWAKAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
Assalamualaikum wrt Wb.
Saya tak bercadang mengulas panjang.
Bagi pihak NGO GANTI, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berhubung PRK Kajang oleh pimpinan PKR setakat ini langsung tidak meyakinkan rakyat bahawa proses tersebut terbentuk di atas asas menjaga kepentingan rakyat.

Segala bentuk urutan peristiwa di sekitar isu ini hanya mempamerkan proses politiking melampau, tidak matang dan sangat jelas semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu dengan cuba mengheret rakyat sama.

Saya hanya mampu berdoa agar masing-masing jangan hampakan harapan rakyat untuk Malaysia baru yang lebih baik di bawah Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Selangor diperhatikan di seluruh negara dan memberi kesan kepada perjuangan rakyat keseluruhannya.

Saya yakin kepimpinan parti komponen PR yang lain sedar bahawa PKR perlu diingatkan supaya kembali kepada tujuan permuafakatan ini wujud demi kepentingan rakyat.

PAS selaku komponen yang mempunyai pengaruh terbesar di DUN Selangor diharap memainkan peranan mengajak kembali ke landasan rakyat. Saya pohon PAS tak perlulah terlalu berlembut dalam soal-soal yang memerlukan ketegasan seperti ini.

Sekian dengan hormatnya. Terima kasih.

Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

Sunday 26 January 2014

Nasib Usahawan Melayu Terengganu

Oleh : Ahmad Amzad Hashim ( Presiden GANTI )
Melayu paling ramai di Terengganu. Kontraktor Melayu pun paling ramai di Terengganu. Parti yg memerintah UMNO. Tempat pusat orang Melayu berniaga satu persatu dibubar.
Yang berniaga supermarket dan kedai runcit sengaja dibawa masuk hyper market banyak-banyak dengan jarak yang rapat antara satu sama lain. Beratus kedai runcit melayu gulung tikar hidup segan mati tak mahu. T-shop 24 jam di serang rangkaian 7 eleven yang tumbuh macam cendawan. Rangkaian kedai TUKAR bawah kementerian yg berkenaan pun sama, merana di paksa beli dari satu ‘supplier’ saja (Cina).
Industri kapal pasaran ratusan juta milik org melayu sejak nenek moyang kita bakal bubar sebab kerajaan Terengganu sedang timbus muara sungai dan nak bina jambatan merentang sungai.
KSaya ingat kalau petroleum dan gas itu bukan dari Terengganu, mungkin di Johor atau Selangor, pertamanya saya pasti bukan main berkeras pertahankan hak royalti. Keduanya, pasti sudah lahir berpuluh usahawan teraju (anchor companies) yang berkecimpung mengambil manfaat dalam pelbagai bidang keusahawanan berkait sama ada ‘on shore’ atau pun ‘off shore’, sama ada dalam perbekalan bahan, peralatan, perkhidmatan atau sumber manusia.
Di negeri Terengganu ni walau dah dekat 40 tahun bumi keluar minyak, kalau orang tanya cuba namakan seorang ahli perniagaan Terengganu yang terulung dari segi perkhidmatan oil and gas? errr…sub atas sub ramai lah. Kenchana Petroleum!!! Mokhzani Mahathir!!! Atau siapa yang jadi tokey minyak? Mirzan Mahathir!!! Petron!!!
Kontraktor kelas F dan G merana kerana kerajaan Terengganu utamakan projek mega utk org2 tertentu. Habis duit ke situ.
Pasar Payang, Pasar Chabang , Pasar Borong Gong Pauh semua tempat org melayu berniaga. Kemudahan terbiar dan dhaif.
Kampung Cina siap buat tambakan beri ruangan parking besar besar, buat jalan baru belakang ada jalan, depan ada jalan. Ditambah lampu2 limpah biar cantik dan menarik.
Tapak-tapak yg jadi lokasi org melayu berniaga menyedihkan. Yg berniaga pasar malam, ikut suka yg berkenaan nak halau sekejap sana sekejap sini.
Yang dera usahawan melayu di Terengganu adalah UMNO Terengganu.

**** Ahmad Amzad Hashim Adalah Presiden NGO Gerakan Aanak Terengganu Insaf (Ganti) yang menuntut perubahan ‘total’ kepada sistem kehidupoan masakini.

Saturday 25 January 2014

PERUTUSAN KEPIMPINAN PAS DI ATAS PEMERGIAN DATO TUAN GURU HJ HARON TAIB

Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan ahli-ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri al-Marhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulama PAS di atas pemergian al-Marhum Dato’ Tuan Guru Hj. Haron Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi Sabtu 25 Januari 2014.
Sesungguhnya al-Marhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau. Al-Marhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu al-Marhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendokongnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau.
Semoga al-Marhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT.
Sekian. Wassalam.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Perginya Seorang Ulama’ Dan Murabbi

- Tuan Guru Dato’ Ustaz Harun Taib Sentiasa Dalam Ingatan
Sabda Nabi sallallahualaihi wasallam:
” Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan tarikan sekaligus daripada manusia, akan tetapi ditarik ilmu dengan kematian ulama sehingga apabila tidak ada ulama, manusia akan mengambil daripada ketua-ketua yang jahil, orang bertanya dan mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu lalu mereka sesat dan menyesatkan orang lain” . Hadis sahih riwayat Imam Muslim
Umat Islam di Malaysia pada hari ini menyaksikan pulangnya ke Rahmatullah seorang lagi tokoh ulama’ dan murabbi, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Harun Taib akibat keuzuran dari penyakit yang beliau hidapi. Al Marhum Tuan Guru adalah Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat dan ahli Majlis Syura Ulama’ PAS.
Nama Al Marhum Tuan Guru begitu sinonim dengan tarbiyah dan perkaderan. Boleh dikatakan majoriti pimpinan yang mengisi saf kepimpinan jamaah pada waktu ini pernah merasa didikan tarbiyah secara langsung dari beliau. Buah fikiran Al Marhum, antaranya yang berkaitan siasah, qiadah dan wala’ serta taadud jamaah melatari silibus usrah PAS.
ustaz harun meninggal1Komitmen Al Marhum terhadap ilmu amat jelas. Seorang penulis karya dakwah yang prolifik, Al Marhum merupakan antara segelintir kecil anak Melayu ketika zamannya yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Universiti al Azhar yang memang diketahui umum sebagai sangat-sangat sukar. Keilmuan yang ada pada Al Marhum menjadikan beliau antara pakar rujuk utama penggubalan enakmen Hudud negeri Kelantan dan Terengganu.
Al Marhum juga terkenal dengan sikap tegas di dalam menjelaskan pendirian jamaah sehinggakan di dalam banyak isu, beliau dianggap sebagai menongkah arus. Ianya dapat disaksikan di dalam komentar beliau mengenai isu kerajaan perpaduan pasca PRU ke 12, penggunaan kalimah Allah dan peningkatan fahaman liberal dan plural di dalan masyarakat. Pada waktu ramainya ahli-ahli politik masa kini yang mengambil pendirian populis, Al Marhum tidak apologetik dan berani di dalam keyakinannya melahirkan pandangan yang boleh menjelaskan jatidiri Islam dan PAS.
Sesungguhnya pemergian murabbi agung ini adalah satu lagi tanda Allah swt sedang menjemput pulang mereka yang fakih akan agamaNya dan semakin dekat pula hari penentuan.
Al Marhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib meninggalkan seorang balu Datin Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak. Anak al Marhum, YB Ustaz Hilmi Harun kini menyandang kerusi Dun Manir yang pernah di sandang oleh Al Marhum.
Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Marhum. Semoga ruh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan solihin. Al Fatihah.
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
23 Rabiulawwal 1435 / 25 Januari 2014

Sunday 5 January 2014

Senarai Penuh Lujnah Dan Jabatan PAS Terengganu

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang bermesyuarat pada Ahad 5 Januari, telah melengkapi struktor organisasi utamanya dengan memutuskan penubuhan lujnah-lujnah dan Jabatan, serta pemimpin yang mengetuainya.
Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, dengan penubuhan dan perlantikan tersebut, PAS akan dapat melaksanakan ‘Road Map’ yang bakal digagaskan bagi meningkatkan kemenangan dan mengembalikan pemerintahan pada pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.
Senarai Lujnah dan Jabatan serta pemimpin yang mengetuainya adalah seperti dibawah;
Bil.
Lajnah/Portfolio
Nama Ketua/Pengerusi/Pengarah
    1.             
Politik & Pilihan Raya
Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
    2.             
Tarbiyah & Perkaderan
Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
    3.             
WDI Road Map
Dr Haji Alias Razak
    4.             
Hal Ehwal Dun
Dr Haji Alias Razak
    5.             
Pembangunan Tanah, Peneroka & Setinggan
Dr Haji Alias Razak
    6.             
Lembaga Pembinaan Kompleks PAS Terengganu
Haji Yahaya Ali
    7.             
Mobilisasi, Penggerak Demokrasi & NGO
Haji Yahaya Ali
    8.             
Ekonomi & Pengembangan Usahawan
Dato’ Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh
    9.             
Lembaga Penasihat DHPP
Dato’ Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh
 10.             
Pemerkasaan Parti
Haji Muhyidin Abdul Rashid
 11.             
Arkib & Persejarahan
Haji Muhyidin Abdul Rashid
 12.             
Pengurusan Harta & Aset
Cikgu M. Shukrimun Shamsudin
 13.             
Jabatan Pilihan Raya Negeri
Ustaz Ariffin Deraman
 14.             
Penerangan & Hubungan Media
Ustaz Mohd Nor Hamzah
 15.             
Dakwah, Kesenian & Kebudayaan
Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani
 16.             
Pendidikan
Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik
 17.             
Keselamatan
Ustaz Haji Mohd Harun Jusoh
 18.             
Perpaduan Nasional
Haji Hanafiah Mat
 19.             
Penyelidikan & Institut Kajian Polisi (IKP)
Dr Mohamad Khazani Abdullah
 20.             
Kebajikan & Kemasyarakatan
Dr Azman Ibrahim
 21.             
Undang-Undang
Haji Saiffuddin Othman
 22.             
Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
Haji Mohamad Iszeham Mat Ali
 23.             
Asas Tani
Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir
 24.             
Pekerja & Pengguna
Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli

Wednesday 1 January 2014

Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59

Mukaddimah
Yang dihormati Dato' Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul 'Am, Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mursyidul 'Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato' Setiausaha Agung, Ketua-Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat, pimpinan NGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing, semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,  serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna  yang kita imani,  menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]

Hadirin-hadirat sekalian,
MUKTAMAR KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA
1.         Kita berkumpul pada hari ini, dalam Muktamar Agung Tahunan kali yang ke 59, dengan tema "RAHMAT UNTUK SEMUA" adalah berpaksikan kepada keyakinan kita bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siyasah yang tidak berpisah, membawa mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad S.A.W. bagi membawa RAHMAT ke seluruh alam. Firmah Allah SWT :
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [al-Anbiya : 107]
2.         Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan  manusia atau mengelirukan kefahaman.  Maudu' kita  adalah ISLAM yang berteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegas dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah S.A.W. membawa RAHMAT adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan yang di isytiharkan oleh Allah :
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]
Bukannya Islam mengikut takrifan sekularisma yang memberikan makna Islam itu sebagai agama yang tidak mempunyai kaitan antara kehidupan dunia dan akhirat.
3.         Dasar Islam dan mesej inilah yang menjadi RAHMAT kepada semua manusia, termasuklah kepada semua makhluk dan alam ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, kerahmatan yang ingin dibawa oleh PAS untuk semua pihak ini berlaku apabila PAS adalah sebuah gerakan islah dan tajdid, berbeza dengan kumpulan Islam  lain yang menjadi saudara seperjuangan mengikut medannya yang terhad. Tugas kita ialah membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara yang dipengaruhi oleh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam. PAS memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.
4.         Untuk membawa mesej ini, maka organisasi parti kita hendaklah menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif, pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik, petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah, dan bukannya sekadar retorik ucapan semata-mata.
5.         Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam. Maka tentulah menjadi satu kesilapan sekiranya menyamakan PAS dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.

Hadirin – hadirat sekalian,
SOROTAN PRU KE-13
6.         Muktamar ke-59 pada tahun 2013 ini diadakan pada penghujung bulan November 2013, di luar kebiasaan muktamar tahunan PAS yang biasanya diadakan pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang yang seluasnya kepada persiapan dan gerakerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada bulan Mei lalu.
7.         PAS bersama Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang PRU-13 di padang yang tidak sama rata dengan Barisan Nasional, kerana proses demokrasi pilihan raya sesebuah negara yang merdeka bukan sahaja aktiviti berkempen dan hari pembuangan undi atau pun urusan keputusan pilihan raya sahaja. Pilihan raya juga bukanlah semata-semata janji jalanraya dan rumah, tiang elektrik, tilam – bantal, basikal percuma dan sebagainya, tetapi adalah medan rakyat memilih parti yang akan menjalankan amanah memimpin negara.
8.         Kita terus berdepan dengan media arus perdana yang tidak berlaku adil, betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen,  dan berbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita.
9.         Dalam keadaan kekurangan ini, alhamdulillah kita masih mampu bertahan dalam keadaan undi popular di kalangan rakyat yang bertambah sehingga kerajaan BN yang ada di hari ini adalah kerajaan minoriti sokongan pengundi, dan hanya mempunyai  majoriti jumlah kerusi parlimen, disebabkan sistem first past the post yang diamalkan dalam sistem pilihan raya. Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan.
10.        Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula, wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam Pilihan raya Kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan. Allah berfirman kepada generasi awal yang tewas dalam peristiwa Uhud :
(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al - Imran : 165]

Hadirin – hadirat sekalian,
11.        Alhamdulillah, kita juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera parti, rakan – rakan dalam Pakatan Rakyat, dan rakyat yang memberikan respon positif dengan benih sulung PAS menerusi PRU-13 lalu di Melaka iaitu di kerusi DUN Bukit Baru, dan lain – lain tambahan kerusi DUN dan Parlimen yang baharu dimenangi di seluruh negara.
12.        Kepada ahli PAS yang dipikulkan amanah kemenangan dalam PRU-13, seterusnya memegang tampuk kuasa pemerintahan dalam sebuah kerajaan, termasuklah yang dilantik ke jawatan penting seperti Ahli Dewan Negara, Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah, Ketua Kampung dan Ahli Lembaga Pengarah; marilah sama-sama kita menghayatinya dengan membaca firman Allah SWT :
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al – An'am :165]
Semua di kalangan mereka ini perlulah sabar dengan ujian, melakukan persiapan rapi, bermaklumat, mendampingi rakyat tanpa penat lelah; insyaAllah semua amalan yang dilakukan dengan ikhlas ini akan diberikan kebaikan oleh Allah SWT.