MARANG – Bagi PAS masalah yang sedang berlaku di negeri Selangor yang membawa kepada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Kajang adalah masalah Parti Keadilan rakyat (PKR).
Namun begitu, menurut Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, walaupun ia merupakan hak PKR, PAS perlu mengambil perhatian kerana PKR dan PAS adalah bersama dalam Pakatan Rakyat.
“insiden yang berlaku di Selangor, bagi PAS perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dan pencalonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (menghadapi pilihanraya kecil) itu hak Prti Keadilan Rakyat………itu hak bagi mereka,
“tetapi oleh kerana kita (PAS) naik satu bas (bersama Pakatan Rakyat)….bas yang sama, kita (PAS) kita ambil kira juga(tentang) penumpangnya……drver (pemandu)nya dan ‘konduktor’nya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program penerangan Ceramah Isu Semasa di pekan Wakaf Tapai dekat sini semalam, Khamis malam Jumaat 30 Januari.
Beliau yang mengambil analogi sebuah bas, mengatakan, walaupun sebagai seorang penumpang, penumpang itu perlu tahu dan menentukan pemandu bas itu mahu membawa bas itu ke arah mana.
“kita nak pergi ke kota Bharu, (tapi) kalau pemandu bawa pergi ke Kuala Lumpur, nyaya lah kita……..yang kedua pemandu bas hanya ada seorang, kalau pemandu ada dua susahlah kita,”jelasnya.
Sebelum itu, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal perlantikan seseorang Menteri Besar (MB), bukan hanya perlu persetujuan sesama parti yang menang, tetapi persetujuan Sultan adalah penting.
Katanya, PAS belajar melalui pengalaman bagaimana kesukaran pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, apabila kerajaan tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak ‘istana’.
“Untuk lantik MB, bukan hanya persetujuan sesama parti diperlukan, tetapi juga persetujuan Sultan. Kita belajar dari pengalaman bagaimana kesukaran kita di (negeri) Perak bila kita tak mempunyai hubungan yang baik dengan istana,”ujarnya dalam perjumpaan dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Setiu di Rusila petang Khamis.
Beliau berkata, ilihanraya Selepas pru 13, walaupun kita mempunyai lebih banyak kerusi di negeri Selangor dan berupaya menentukan sesiapa yang akan dilantik sebagai MB, tetapi bersetuju dan mencadangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB kerana beliau seorang ahli korporat yang sangat amanah.
“kita mengambil sikap untuk mendapat lebih kerusi exco dengan memberikan kerusi MB kepada PKR. Alhamdulillah, kita mendapat MB seorang ahli korporat yang sangat amanah dengan wang negeri………Tak rasuah.
“Orang politik yang nak mintak projek, tak kena cara (dengan) dia, (dia) tak bagi (projek)…….Telus dalam pentadbiran,”tambahnya lagi
Oleh itu, beliau menegaskan, apa yang berlaku di negeri Selangor sekarang dalah bukan masalah PAS, tetapi merupakan masalah dalaman PKR.
Katanya, PAS akan membincangkan isu tersebut dengan teliti dan mengambil kira segenap aspek serta sudut dalam mesyuarat Jawatankuaa Politik PAS Pusat yang akan diadakan pada hari Isnin, 2 Feb 2014
No comments:
Post a Comment