RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Friday, 14 February 2014

Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2

Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2 pada 14hb Februari 2014 bertempat di Qurata Riverside, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. ANJURAN Lujnah Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (Singkatan DEMI) - lagi gambar di : https://www.facebook.com/demokrasiterengganu

Photo

Tuesday, 11 February 2014

GANTI dan TURUN sepakat Kempen Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat

Kenyataan Media.

Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) hari ini 11hb Februari 2014 bertempat di Kuala Terengganu telah menerima kunjungan oleh Pengarah Operasi Pusat Sekretariat Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat (TURUN), Saudara Mohd Faiz Ismail dan aktivis media dsn sosial Sdra Solahuddin Al Idrus. 


Pertemuan ini telah juga mendapat perhatian Pengerusi Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali yang meluangkan masa untuk turut serta.

GANTI ingin menegaskan pendirian untuk mendokong dan menyokong gerakan rakyat untuk menuntut Kerajaan mengambil segala langkah yg perlu bagi meringankan beban kenaikan kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Atas dasar matlamat dan perjuangan yg dikongsi bersama dgn TURUN di peringkat Pusat, GANTI akan bersama2 dgn Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu meningkatkan tekanan dan gerakan rakyat menuntut perubahan dalam dasar dasar kerajaan yg menjadi pencetus kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat.



Isu ini InsyaAllah akan juga dibangkitkan dalam Majlis Dialog NGO anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 melibatkan lebih 40 NGO2 seluruh negeri Terengganu.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )
GANTI TUNTUT PERUBAHAN

Majlis Ramah Mesra & Dailog NGO

Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu (Singkatan DEMI) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Dialog Tertutup dgn NGO2 pada 14hb Februari 2014 bertempat di Qurata Riverside, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Setakat ini 40 NGO telah mengesahkan kehadiran 3 atau 3 wakil NGO masing2. 

Majlis akan bermula jam 3 ptg dgn Hi Tea dan diikuti sesi taaruf NGO (pengenalan) oleh pemimpin NGO masing2 secara santai.

Sesi selanjutnya yg akan bermula sejurus solat asar akan bertempat dalam dewan sidang dimulakan dgn Ucapan Aluan oleh Pengerusi Lujnah merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Hj Yahaya Ali.

Moderator selanjutnya akan mengendalikan sesi Dialog dengan NGO2.

Dialog ini selain bertujuan memperkenalkan Lujnah, ia juga mempunyai matlamat mencapai beberapa konsensus.

1. Bagi mengiktiraf keadaan negeri Terengganu yg mempunyai banyak isu isu yg memerlukan pembelaan dan perjuangan melalui penglibatan NGO2.

2. Bagi mencapai kesepakatan bahawa satu bentuk permuafakatan perlu diwujudkan di kalangan semua NGO supaya momentum yg lebih berkesan boleh terhasil.

3. Bagi membincangkan bagaimana mekanisma2 yg bersesuaian dalam mengukuhkan dan menggerakkan kesepakatan dan muafakat yg akan diwujudkan.

Selain dari itu satu slot 10 minit akan diberikan kepada pengendali Blogspot Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu (DEMI) untuk memberi penerangan tentang blog tersebut.

Majlis ini akan dirasmikan penutup dan rumusan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Saiful Bahri.


Hanya Jemputan yang boleh hadir... berminat sms ambo : 013929 9944

Saturday, 1 February 2014

Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman

Majlis upacara pecah tanah untuk pembinaan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman (Bukit Payung)telah di sempurnakan perasmiannya oleh Presiden PAS,Dato Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Turut mengiringi Tuan Guru iaitu pengarah MTD Bukit Payung yang juga merupakan YB Adun Bukit Payung,Ustaz Mohd Nor Hamzah.
----------------------------------
Sedikit Info berkaitan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman.

Selaku pengarah MTD bukit payong, yb ustaz mohd nor hamzah menjadi penggerak utama pembinaan komleks tersebut.

Angaran kos pembinaan kompleks tersebut RM400 ribu, di dirikan setinggi 3 tingkat, aras pertama dibina ruangan pejabat Dan kedai hasil lakaran pelan oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri , aras dua pula akan dibina rumah penginapan manakala aras tiga akan dijadikan dewan utama.

Untuk sebarang sumbangan. Boleh disumbang ke akaun Maybank  - Kompleks Madrasah Darul Iman No Akaun: 5630 1923 3967.

Sumbangan dari pihak tuan/puan amat diharapkan untuk mempercepatkan Dan melancarkan perjalanan pembinaan kompleks tersebut.






Tahniah

Friday, 31 January 2014

Hanya Islam Menjadi Penyelamat

Allah memberi kekuatan kepada kita sehingga mampu mendirikan pusat pengajian, mengukuhkan diri anak-anak kita dengan didikan Islam, kekuatan orang Islam, bahkan kekuatan manusia seluruhnya ialah petunjuk Allah Taala ada dalam ajaran Islam, khusus dalam ajaran Islam sahaja, ajaran yang membantu dan memimpin manusia.
Alhamdulillah hari ini kita melihat seluruh manusia berada dalam ketakutan selaku apa yang telah diberi amaran oleh Allah. “telah zahir dan nyata kerosakan dalam negeri kamu oleh sebab kerja tangan tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka. Mudah- mudahan mereka balik semula kepada petunjuk Allah”.
Maksudnya di seluruh dunia, banyak berlaku jenayah, membunuh, mencederakan manusia, tersebarnya pelbagai jenis penyakit, berlakunya peperangan yang besar, kerana manusia terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.
Tidak kira aral, asalkan untung dapat. Untuk itu, Allah Taala tunjukkan kepada kita pelbagai penyakit tersebar, penyakit yang tidak pernah kita dengar namanya pada masa dahulu.
Sekarang pada bulan Februari ini, dunia digemparkan dengan perubahan cuaca dunia. Di negeri kita berlaku cuaca sejuk yang luar biasa. Di sesetengah negara berlaku ribut, bukan hujan biasa saja. termasuk di negara Arab, ahli-ahli sains berasa bimbang kerana paksi kedudukan bumi sudah berubah.
Puncanya manusia sudah merosakkan bumi. Mereka mengadakan ujian-ujian senjata, membina bangunan yang tinggi tinggi dan berbagai-bagai lagi kerosakan yang dibuat.
Allah Taala tunjukkan rosak akhlak, penyakit, perubahan cuaca dunia. Ini semua adalah tanda tanda akhir zaman yang diberitahu oleh Rasul dalam hadis hadis baginda yang berlainan (dan) yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah islam.
Semua agama lain tidak mampu. Ajaran ajaran lain juga tidak mampu untuk membantu manusia, tetapi tidak ramai yang ikut Islam (bahkan) makin ramai lagi yang nama Islam ni hanya cukup sambil lewa sahaja.
Hari ini banyak orang minat kepada pendidikan agama termasuk di negara negara yang bukan islam. Bulan lepas, ulama’ telah melawat England dan Ireland. Di Ireland, dibawa melawat ke pusat islam, muslim centre. ucapan aluan diberikan oleh pengerusi pusat islam itu.
tmp_IMG-20140131-WA0031-1867446211Beliau memberitahu pusat islam itu asalnya adalah pusat gereja, pusat itu asalnya untuk melatih ‘missionary’ kristian iaitu mubaligh kristian yang dihantar ke seluruh dunia ke jajahan jajahan British.
Pusat latihan itu dijual kepada orang Islam, menunjukkan bahawa islam adalah agama yang mudah. Orang islam boleh beli, yang kemudian menjadi tempat sembahyang Jumaat, kemudian dibuat bilik bilik untuk pelapis, anak anak kita di England.
Apa yang mendukacitakan kita adalah orang putih yang tidak tahu agama mula nak mari ke Islam tapi orang Islam sendiri nak tinggalkan Islam, ia jadi terbalik pula, bukan sahaja orang Melayu, tapi orang Arab pun sendiri. sibuk dengan peperangan, sibuk dengan huru hara dalam negara mereka.
Yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah Islam, maka wajib kita mendirikan tempat tempat untuk mendidik anak anak (dan) tidak rugi kita membelanjakan duit yang banyak untuk anak anak yang soleh. Inilah manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua.
Harta benda dan anak anak merupakan perhiasan dunia, yang kekal hanyalah perkara perkara kebajikan yang memberi pahala walaupun kita telah meninggal dunia, yang dinamakan kebajikan yang paling besar pahalanya dan paling berpanjangan, termasuklah sumbangan yang kita beri dalam menyebarkan agama.
Ini lebih besar daripada amal amal yang lain (teatapi) banyak orang tidak sedar dengan perkara ini, kerana usaha untuk mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan. Anak-anak yang keluar dari sini, menyebarkan ilmunya, sampai pahalanya kepada penderma (dan) inilah besarnya yang kita kena faham.
Adpun kita jamu orang, memang boleh pahala juga, tetapi setakat tu jelah. tetapi sumbangan dalam mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan sampai akhirat. bayak orang tidak sedar mengenai perkara ini.
Alhamdulillah, di sini ada pondok yang boleh dikembangkan lagi(dan) marilah kita sama sama memberi sumbangan kepada kerja kerja sebegini, kerja kerja yang mempunyai fadilat yang sangt besar, mudah mudahan amal yang dibuat ini diberkati oleh Allah, diterima oleh Allah.
***Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdil Hadi Awang dalam program Majlis Pecah Tanah pembinaan Fasa 3 Kompleks Pendidikan Islam Darul Iman

PERUTUSAN DARI PENGERUSI BADAN PENGGERAK DEMOKRASI DAN MOBILISASI RAKYAT TERENGGANU

Photo: Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat. SELANJUTNYA >>- http://demokrasiterengganu.blogspot.com/2014/01/perutusan-khas.htmlAlhamduliLlah, Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengorak langkah dengan terbentuknya satu lagi lajnah baru yang dinamakan Badan Penggerak Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat (BPDMR). Lebih menggembirakan lagi sebagai satu saluran maklumat, BPDMR telah berjaya mengadakan ‘Blog’nya sendiri dalam waktu yang singkat.

Kewujudan BPDMR (insya Allah akan diberi nama ringkas atau nama baru selepas ini) sangat penting sebagai suatu wadah untuk menjadi penghubung dan bertindak sebagai badan penyelaras kepada seluruh pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) yang ada kaitan dengan perjuangan Islam bagi memperjuangkan pelbagai isu dan fokus masing-masing seperti isu sosial, ekonomi, pendidikan, kebajikan, rekreasi & sukan dan lain-lain. Apa yang penting mereka perlu digerakkan kepada suatu tahap kematangan dan matlamat perjuangan yang lebih jelas.

Islam menuntut kita berjuang dan berjihad dalam pelbagai bidang sebagaimana maksud firman Allah (al-Baqarah : 208),

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Kita wajib memahami tugas kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini,  antara lain adalah untuk menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia ini dengan agama.  Maka sudah tentulah perjuangan NGO’s pada akhirnya adalah untuk melihat apa yang diperintahkan Allah dalam sesebuah masyarakat dan negara sebagaimana maksud firman Allah (Saba : 15) menjadi kenyataan,

“Negara yang aman dan makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT”

BPDMR mestilah diusahakan menjadi platform terbaik untuk bertemu dari masa kesemasa samada secara lansung atau melalui media baru supaya kita boleh kedepankan pelbagai isu penting dalam masyarakat yang menuntut penyelesaian terbaik. Kita boleh berbeda pendapat tetapi yang penting tindakan penyelesaian mesti selari dengan kehendak al-Quran dan hadis.

Pelbagai isu yang berlaku dalam masyarakat mencabar kita supaya lebih sabar, matang dan bertindak secara bijaksana. Sebahagian dari masyarakat kita tidak kisah dengan apa saja isu yang ada di hadapan mereka. Apa yang mereka fikirkan ialah untuk terus hidup dengan aman dan boleh cari makan. Di sinilah antara lain peranan NGO’s untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. NGO’s dan masyarakat perlu dilatih bukan sahaja mahu melihat negara yang aman tetapi isu-isu yang berkait dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pemborosan, pembahagian kekayaan yang tidak adil, keselamatan, hak pengguna, kesihatan, kebersihan alam sekitar dan lain-lain turut menjadi kepekaan mereka. Mereka perlu diberi kefahaman antara kerajaan yang adil yang menjamin masa depan mereka berbanding dengan kerajaan yang zalim yang boleh memusnahkan masa depan mereka. Sampai pada satu tahap mereka perlu dimobilisasikan untuk keluar dari rumah dan menuntut hak mereka dan generasi yang akan datang. Individu boleh buat silap dan kesannya kecil tetapi kerajaan tidak boleh dibiasakan membuat kesilapan kerana ia boleh memusnahkan harapan kita bersama.

Kita berharap dengan adanya BPDMR, hubungan di antara sesama NGO’s ini akan menjadi lebih erat dan permuafakatan kita akan menjadi lebih jitu dan bermakna bagi mencapai matlamat bersama. Menfaatkanlah blog yang baru dirintis ini sebaik-baiknya, insya Allah.

Haji Yahaya Ali
Pengerusi
Badan Penggerak Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat