RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Wednesday 16 April 2014

Usul Membincangkan Perlaksanaan Syariah Ditolak DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – PAS menyokong usaha kerajaan Kelantan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Presidennya Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu hudud walaupun ada pihak yang menentang hukum Allah itu.
“Isu ini wujud sejak awal 90-an, lebih awal dari Pakatan Rakyat (PR), sebab itu tiada masalah untuk kita kemukakan (hukuman hudud),”kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang dalam satu sidnag media di lobi DUN Terengganu, ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kedua (Persidangan) DUN sedang berlangsung di sini Selasa 15 April.
Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, terpulang kepada pihak berkenaan, sekirany ada pihak tidak bersetuju dengan usaha melaksanakan undang-undang Islam itu.
PC Dun Terengganu“Kita konsisten dalam isu ini,” katanya dan menambah, tidak ada sebarang perjanjian dibuat dalam muafakat PR yang menghalang PAS daripada melaksanakan hukuman syariah tersebut.
Sebelum itu, dalam persidangan DUN Terengganu yang sama, ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah teah membawa usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan negeri, berkenaan perlaksanaan hukum yang sama di negeri Terengganu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata persidangan DUN Terengganu hendaklah ditangguhkan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang diluluskan pada 7 Julai tahun 2002.
“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002,”ujarnya ketika mengemukakan usul tersebut.
Beliau berkata, isu tersebut adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maaidah ayat 38 dan lain-lain lagi.
Bahkan katanya, Enakmen tersebut telah mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu dan dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003.
“Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.
“Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003,”jelasnya.
Namun malangnya, kata beliau, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.
Nmun sebaliknya, Yang Dipertua DUN, Mohd Zubir Embong kemudian ketika memberikan jawapan kepada persidangan berkata, usul tersebut ditolak kerana ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen pada sidang akan datang.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediaannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya pada 2015.
Satu rang undang-undang persendirian juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud.
Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan juga perlu dipinda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memaklumkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud sekiranya draf itu dibentang di Dewan Rakyat.

No comments:

Post a Comment