RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Wednesday 23 April 2014

Tanah Banggol Donas : Pendengaran Kes Kali Ke 5 Pada 30 April

KUALATERENGGANU – Mahkamah memutuskan untuk menunda kes tuntutan penduduk tanah di Kampung Banggol Donas dan Kampung Kubang Jela dan kepada 30 April ini untuk pendengaran semula, buat kali ke lima.
Menurut Encik Yasin Aminuddin Anwar, peguam yang mewakili tujuh pemilik tanah tersebut, hal itu diputuskan kerana ketidak hadiran Pegawai Undang-Undang Negeri yang mewakili kerajaan negeri.
Bagi kes tanah Kubang Jela, pihak mahkamah memutuskan, penduduk diberi ruang yang cukup bagi membuat pengukuran semula dan penduduk dibenarkan melantik juru nilai swasta bagi memuaskan hati mereka. “Pentadbir tanah hendaklah memaklumkan tarikh pengukuran tersebut dan pada masa itu, diminta semua pihak hadir untuk lihat pengukuran tersebut.
Haji Salleh EmbongDengan kehadiran juru nilai swasta itu, boleh mengesahkan pengukuran yang diminta samada seperti dalam perwartaan 1962, adakah tepat, betul atau macamana.
Selepas pengukuran itu baharulah dirujuk semula ke mahkamah samada ada lebihan atau tepat ukuran seperti sekarang dan jika ada lebihan masa itulah diberi tambahan bayaran atau pampasan ,” jelas beliau yang ditemui di ruag legar mahkamah semalam, Rabu 23 April.
Ditanya samada kes yang difailkan itu menyalahi peraturan mahkamah, beliau menjelaskan, ada sedikit kesilapan teknikal yang tidak menepati kehendak dalam memfailkan kes tersebut tetapi ianya boleh diperbaiki.
Beliau turut menjelaskan kes Banggol Donas ini berlainan dengan kes di Kubang Jela yang mana kes di Kubang Jela telah diambil oleh kerajaan sementara itu di Banggol Donas, penduduk mempunyai geran yang sah.
Mengulas perkembangan terbaharu ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas, Salleh Embong [Gambar kanan]  berkata penduduk Banggol Donas hanya mempertahankan hak mereka mengikut lunas undang-undang yang ada.
Beliau menegaskan bahawa mereka bukannya komunis yang ingin lawan kerajaan dan perlu dihalau sebegitu rupa iaitu dengan menggunakan pasukan keselamatan di atas tanah mereka sendiri.
Katanya, kerajaan telah melanggar akta dan prosedur pengambilan tanah dan atas keyakinan itu maka penduduk mencabar notis dari Pejabat Tanah dan tidak akan sebegitu mudah menyerah kalah dalam mempertahankan hak mereka.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Dr. Alias Razak yang turut hadir bagi menyatakan sokongan, kesal dengan apa yang berlaku dan menyifatkan kerajaan gagal mengikut saranan Tuanku Sultan Terengganu.
Dalam Titah Ucapan DiRaja ketika perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu (KDYMM) menyarankan kerajaan perlu mengambil kira masalah rakyat dalam semua aspek.
>>> Kembali untuk berita lanjut Kes Tanah Banggol Donas:
1. Kerajaan tanggung Masalah Kerana Nak Tunjuk Kuasa
2. Tidak Mudah Kamai Angkat Tikar Bantal dan Pindah

No comments:

Post a Comment