RAHMAT UNTUK SEMUA - Firman Allah SWT : "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam" [Al-Anbiya : 107].

Firman Allah (Al-Baqarah : 208),: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa' : 105]

Friday 31 January 2014

Hanya Islam Menjadi Penyelamat

Allah memberi kekuatan kepada kita sehingga mampu mendirikan pusat pengajian, mengukuhkan diri anak-anak kita dengan didikan Islam, kekuatan orang Islam, bahkan kekuatan manusia seluruhnya ialah petunjuk Allah Taala ada dalam ajaran Islam, khusus dalam ajaran Islam sahaja, ajaran yang membantu dan memimpin manusia.
Alhamdulillah hari ini kita melihat seluruh manusia berada dalam ketakutan selaku apa yang telah diberi amaran oleh Allah. “telah zahir dan nyata kerosakan dalam negeri kamu oleh sebab kerja tangan tangan manusia sendiri supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka. Mudah- mudahan mereka balik semula kepada petunjuk Allah”.
Maksudnya di seluruh dunia, banyak berlaku jenayah, membunuh, mencederakan manusia, tersebarnya pelbagai jenis penyakit, berlakunya peperangan yang besar, kerana manusia terlalu sibuk mengejar nikmat dunia.
Tidak kira aral, asalkan untung dapat. Untuk itu, Allah Taala tunjukkan kepada kita pelbagai penyakit tersebar, penyakit yang tidak pernah kita dengar namanya pada masa dahulu.
Sekarang pada bulan Februari ini, dunia digemparkan dengan perubahan cuaca dunia. Di negeri kita berlaku cuaca sejuk yang luar biasa. Di sesetengah negara berlaku ribut, bukan hujan biasa saja. termasuk di negara Arab, ahli-ahli sains berasa bimbang kerana paksi kedudukan bumi sudah berubah.
Puncanya manusia sudah merosakkan bumi. Mereka mengadakan ujian-ujian senjata, membina bangunan yang tinggi tinggi dan berbagai-bagai lagi kerosakan yang dibuat.
Allah Taala tunjukkan rosak akhlak, penyakit, perubahan cuaca dunia. Ini semua adalah tanda tanda akhir zaman yang diberitahu oleh Rasul dalam hadis hadis baginda yang berlainan (dan) yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah islam.
Semua agama lain tidak mampu. Ajaran ajaran lain juga tidak mampu untuk membantu manusia, tetapi tidak ramai yang ikut Islam (bahkan) makin ramai lagi yang nama Islam ni hanya cukup sambil lewa sahaja.
Hari ini banyak orang minat kepada pendidikan agama termasuk di negara negara yang bukan islam. Bulan lepas, ulama’ telah melawat England dan Ireland. Di Ireland, dibawa melawat ke pusat islam, muslim centre. ucapan aluan diberikan oleh pengerusi pusat islam itu.
tmp_IMG-20140131-WA0031-1867446211Beliau memberitahu pusat islam itu asalnya adalah pusat gereja, pusat itu asalnya untuk melatih ‘missionary’ kristian iaitu mubaligh kristian yang dihantar ke seluruh dunia ke jajahan jajahan British.
Pusat latihan itu dijual kepada orang Islam, menunjukkan bahawa islam adalah agama yang mudah. Orang islam boleh beli, yang kemudian menjadi tempat sembahyang Jumaat, kemudian dibuat bilik bilik untuk pelapis, anak anak kita di England.
Apa yang mendukacitakan kita adalah orang putih yang tidak tahu agama mula nak mari ke Islam tapi orang Islam sendiri nak tinggalkan Islam, ia jadi terbalik pula, bukan sahaja orang Melayu, tapi orang Arab pun sendiri. sibuk dengan peperangan, sibuk dengan huru hara dalam negara mereka.
Yang boleh menyelamatkan manusia hanyalah Islam, maka wajib kita mendirikan tempat tempat untuk mendidik anak anak (dan) tidak rugi kita membelanjakan duit yang banyak untuk anak anak yang soleh. Inilah manfaat dunia dan akhirat kepada kita semua.
Harta benda dan anak anak merupakan perhiasan dunia, yang kekal hanyalah perkara perkara kebajikan yang memberi pahala walaupun kita telah meninggal dunia, yang dinamakan kebajikan yang paling besar pahalanya dan paling berpanjangan, termasuklah sumbangan yang kita beri dalam menyebarkan agama.
Ini lebih besar daripada amal amal yang lain (teatapi) banyak orang tidak sedar dengan perkara ini, kerana usaha untuk mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan. Anak-anak yang keluar dari sini, menyebarkan ilmunya, sampai pahalanya kepada penderma (dan) inilah besarnya yang kita kena faham.
Adpun kita jamu orang, memang boleh pahala juga, tetapi setakat tu jelah. tetapi sumbangan dalam mendidik anak anak ini, pahalanya berpanjangan sampai akhirat. bayak orang tidak sedar mengenai perkara ini.
Alhamdulillah, di sini ada pondok yang boleh dikembangkan lagi(dan) marilah kita sama sama memberi sumbangan kepada kerja kerja sebegini, kerja kerja yang mempunyai fadilat yang sangt besar, mudah mudahan amal yang dibuat ini diberkati oleh Allah, diterima oleh Allah.
***Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdil Hadi Awang dalam program Majlis Pecah Tanah pembinaan Fasa 3 Kompleks Pendidikan Islam Darul Iman

No comments:

Post a Comment